Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
74) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan 'road map' atau jadual perlaksanaan penebusgunaan semula sisa pejal domestik?
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberikan perkhidmatan kutipan sampah domestik berjadual di kawasan perumahan dan komersial pada setiap hari bermula jam 5.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Manakala bagi kutipan di kawasan perumahan adalah sebanyak tiga (3) kali seminggu. Manakala bagi Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), pihak majlis telah menubuhkan ‘Buy Back Centre’ di dalam kawasan pejabat MDKL pada setiap hari Khamis penghujung bulan.
-
Apakah rancangan dalam pengurusan sisal pejal kawasan luar bandar yang tidak dalam penguatkuasaan PBT?
Pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) bercadang mengenakan bayaran cukai nominal di kawasan luar bandar bagi memberikan perkhidmatan kutipan sampah sahaja. Manakala bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) secara keseluruhan meliputi Kampung Baru dan Kampung Tradisional yang telah diberi perkhidmatan tanpa yang terkecuali.
-
Apakah amalan dan sistem pemantauan kerajaan dalam pengurusan sisa perindustrian?
MPAJ menetapkan agar pemilik industri perlu melupuskan sampah industri mereka di tempat yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sekiranya pihak majlis mendapati terdapat longgokan sampah industri, kompaun akan dikeluarkan kepada pihak industri. Bagi Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), pihak majlis hanya menyediakan perkhidmatan kutipan sampah domestik di kawasan industri. Manakala sisa-sisa industri akan diuruskan oleh pemilik industri sendiri.