Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

220) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pengurusan sisa pepejal secara " in-house" setiap PBT?

    Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memaklumkan bahawa pihak majlis tidak melaksanakan pengurusan sisa pepejal secara in-house. Ini disebabkan kerana pihak majlis telah mengeluarkan kontrak bagi semua kerja kutipan sisa pepejal. Walau bagaimanapun, hanya kerja-kerja pembersihan awam yang dilaksanakan secara in-house. Manakala Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyatakan bahawa status pengurusan sisa pepejal secara in-house di majlis adalah diuruskan oleh kontraktor yang dilantik dan berjalan dengan memuaskan

  2. Apakah keberkesanan sistem pelupusan sampah pukal dan sampah kebun di PBT?

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengambil inisiatif di samping menyahut saranan daripada Kerajaan Negeri supaya dapat mengeluarkan skop kerja kutipan sampah pukal dan kebun daripada skop kerja pembersihan awam. Sehubungan dengan itu, pada 1 Mac 2012, pihak MBPJ telah melantik 20 syarikat kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sampah pukal dan kebun tersebut. Manakala Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) turut melakukan proses yang sama dengan memasukkan skop sampah pukal dan kebun di dalam kerja-kerja pengurusan sisa pepejal. Ini adalah kerana kontraktor kutipan sisa pepejal mempunyai logistik dan peralatan yang lebih baik berbanding dengan kontraktor pembersihan awam.

  3. Apakah garis panduan dan kaedah yang diamalkan dalam pengurusan dan pelupusan sisa binaan?

    Pihak MBPJ mengenakan syarat supaya mana-mana permohonan permit bagi kerja pengubahsuaian premis perlu mendapatkan perkhidmatan kutipan sampah sebelum ianya diluluskan oleh pihak majlis. Selain daripada itu, MBPJ kini di dalam proses penyediaan Standard of Procedure” (SOP) berhubung pengurusan dan pelupusan sisa binaan bagi mengatasi masalah pembuangan sisa binaan secara haram. Manakala pihak MPSp telah melantik satu (1) kontraktor sebagai panel pengurusan sisa binaan bagi kerja-kerja pengubahsuaian oleh penduduk. Cagaran sebanyak RM500 akan dikenakan kepada setiap permohonan yang diluluskan. Walau bagaimanapun, permohonan yang ingin memohon semula wang cagaran tersebut perlu melampirkan resit bayaran “tipping fee” ke tapak pelupusan bagi memastikan sampah binaan tersebut diuruskan dengan baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.