Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

163) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menangani masalah pengurusan sisa pepejal yang meruncing dan juga pembersihan awam di semua pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

    Terdapat beberapa langkah proaktif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui PBT bagi menangani masalah pengurusan sisa pepejal tersebut. Pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) membuat pendekatan awal dengan menyediakan kontraktor ‘back up’ tetapi dengan bayaran berdasarkan kepada potongan bayaran kontraktor asal. Selain daripada itu, pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil pendekatan dengan melakukan ‘back up’ secara sertamerta terhadap mana-mana kontraktor yang tidak dapat menjalankan kerja mengikut kepada perjanjian kontrak kerja yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, pihak MPK mengambil pendekatan dengan melantik persatuan penduduk dan JKKK Kampung sebagai audit pemantauan kebersihan.

  2. Nyatakan status prosiding mahkamah di antara Kerajaan Negeri dan Alam Flora Sdn Bhd?

    Hasil daripada beberapa siri perbincangan dan mesyuarat yang telah diadakan bersama pihak AFSB. Pihak AFSB telah menyatakan persetujuan bagi menangguhkan sementara segala tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Negeri. Ini berikutan kerana terdapat sebahagian PBT yang telah melangsaikan segala hutang kepada pihak AFSB. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian PBT yang masih di dalam proses akhir penyelesaian dan persetujuan kaedah pembayaran.

    Hanya pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) diberikan kelonggaran bagi menyelesaikan tunggakan hutang secara ansuran sehingga 2013 mengikut kepada perjanjian pembayaran yang telah ditetapkan sejak tahun 2009.

Lampiran

Tiada Lampiran.