Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

213) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perbelanjaan tahunan kos pengurusan sampah di Selangor mengikut PBT.

    Kos keseluruhan bagi perbelanjaan tahunan pengurusan sisa pepejal di semua PBT Negeri Selangor bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM519,896,680.30 meliputi perbelanjaan kerja-kerja pembersihan, kutipan sampah dan tipping fee. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:-

     

    PBT

     

    PEMBERSIHAN (RM)

     

    KUTIPAN (RM)

     

    TIPING FEE (RM)

     

    KESELURUHAN (RM)

    MBSA 57,384,259.81 22,683,929.77 11,219,803.42 91,287,993.00
    MBPJ 31,979,680.99 19,957,601.68 10,309,897.13 62,247,179.80
    MPK 24,012,931.38 25,173,485.96 8,340,000.00 57,526,417.34
    MPAJ 19,800,000.00 19,290,000.00 6,710,000.00 45,800,000.00
    MPSJ 30,300,000.00 23,600,000.00 9,100,000.00 63,000,000.00

     

    MPS 18,411,281.00 21,559,122.00 6,345,301.00 46,315,704.00
    MPKj 36,631,314.92 32,535,127.32 7,746,732.00 76,913,174.24
    MPSp 16,183,600.32 10,488,655.97 2,138,768.51 28,811,024.80
    MDKL 3,207,771.42 5,062,288.10 1,597,481.20 9,867,540.72
    MDHS 13,957,980.17 8,808,149.86 1,894,639.61 24,660,769.64
    MDKS 4,789,469.96 4,464,792.62 1,602,759.45 10,857,022.03
    MDSB 114,612.50 2,174,742.23 320,500.00 2,609,854.73
    JUMLAH 256,772,902.47 195,797,895.51 67,325,882.32 519,896,680.30

     

  2. Apakah pelan jangka panjang atau penggunaan teknologi baru Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal dan mengurangkan kos?

    Bagi pelan jangka panjang dalam pengurusan pelupusan sisa pepejal di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) akan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC). Justeru, sebuah Loji Waste to Energy (WTE) 1 (yang merupakan Fasa 1 daripada keseluruhan sistem ISWMC) akan dibangunkan oleh WHB di atas sebahagian tanah seluas 25 ekar di Tapak Pelupusan Sanitari Jeram (TPSJ) 2, Kuala Selangor. Dengan adanya Teknologi ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain- lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri

     

    Selain itu, inisiatif lain dalam merangka pelan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam pengurusan sisa pepejal adalah tindakan penguatkuasan tapak sampah haram di mana Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor sedang mewujudkan satu Garis Panduan Penguatkuasaan Tindakan Bersepadu diantara Pejabat Tanah Dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi yang terlibat berdasarkan pemakaian undang-undang di bawah Seksyen 127 hingga 130 Kanun, Tanah Negara 1965 iaitu tanah yang diberi milik akan dilucut hak kepada Pihak Berkuasa Negeri.

  3. Sejauh mana berlakunya pembuangan sampah di tapak-tapak pembuangan sampah secara haram?

    Masalah tapak sampah haram Negeri Selangor khususnya yang berskala besar pada masa ini adalah dilihat dalam keadaan terkawal berikutan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang berterusan oleh PBT, Pejabat Daerah dan lain-lain agensi berkaitan dari semasa ke semasa. Contohnya di MPK dan MPAJ didapati tiada lagi tapak sampah haram baru dikesan. Namun, bagi masalah pembuangan sampah longgok atau skala kecil masih lagi didapati berlaku terutamanya di lokasi pedalaman dan sunyi seperti di bahu-bahu jalan rezab JKR, rezab JPS dan rintis TNB. Walaupun PBT telah mengambil tindakan pemantauan dan kawalan secara statik serta menubuhkan anggota intipan di lokasi tapak sampah longgok tersebut, namun ianya masih berlaku kerana lokasi pembuangan sampah tersebut berubah- ubah dan dilakukan pada waktu malam.

Lampiran

Tiada Lampiran.