Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
172) PENGURUSAN SISA MAKANAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai Pelan Pembangunan Pengurusan sisa makanan dari segi sektor Industri, Komersial, Institusi dan Isi Rumah? Sila Nyatakan.
Kerajaan Negeri mempunyai pelan sendiri berkaitan sisa iaitu Pelan Induk Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor (PISPPANS) dan akan diterima pakai sehingga Kerajaan Negeri memuktamadkan cadangan pemakaian Akta 672.
Melalui Pelan Tindakan ini, Kerajaan Negeri sedar kepentingan fasiliti rawatan sisa di Selangor. Justeru, dalam Rancangan Malaysia Pertama (RS-1) telah dinyatakan cadangan pembinaan Material Recovery Facility (MRF) dan loji Waste-to-Energy (WtE) bagi mengurangkan kesan negatif sisa ke atas alam sekitar.