Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

222) PENGURUSAN SISA KUMBAHAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan dalam mengawal selia kuantiti kumbahan sisa daripada restoran, gerai makanan?

    1. Buat masa kini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang rancangan ataupun pelan tindakan dalam mengawal selia kuantiti kumbahan sisa daripada restoran dan gerai makanan. Ini adalah kerana kesukaran untuk menentukan kuantiti sisa yang dilepaskan dari restoran dan gerai
  2. Apakah kaedah atau sistem yang digunakan untuk mengawal selia minyak buangan bengkel-bengkel kenderaan motor dan jentera?

    1. Sisa perindustrian terbahagi kepada 2 iaitu sisa domestik dari kilang-kilang dan juga sisa berbahaya. Bagi sisa-sia domestik ia akan dilupuskan di tapak-tapak pelupusan sanitari ataupun tapak pelupusan sampah mengikut kawasan PBT masing-masing. Untuk sisa- sisa perindustrian berbahaya ia akan diuruskan oleh Kualiti Alam Sdn Bhd, di mana ia akan diproses dan dilupuskan di Pusat Pelupusan Sampah Bukit Nanas,  Bukit  Pelanduk, Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.