Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

165) PENGURUSAN SIC SDN BHD

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan PKNS di muka surat 136: Apakah sebab-sebab secara keseluruhannya prestasi kewangan SIC tidak memuaskan?

    1. Prestasi kewangan SIC seperti berikut :-

     

    • Jumlah pendapatan aktiviti Syarikat menurun dari RM192.66 juta pada  tahun 2007 kepada RM125.01 juta tahun 2008 dan seterusnya RM83.57  juta  pada tahun

     

    • Secara keseluruhannya, prestasi pendapatan SIC menguncup berikutan penurunan aktiviti pembangunan dan dari tahun 2007 hingga 2009.

     

    • Di samping itu juga, selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 26 Tahun 1986. Anak-anak Syarikat PKNS telah tidak dibenarkan terlibat dengan tawaran tender yang dikeluarkan oleh PKNS. Ini secara langsung menjejaskan prestasi pendapatan
  2. Apakah punca-punca yang menjadikan pengurusan syarikat tidak selaras dengan Tadbir Urus Korporat (semakan 2007)?

    1. Amalan terbaik  Tadbir  Urus  Korporat,  Kod  Tadbir  Urus   Korporat   Malaysia (semakan  2007)  menetapkan  bagi  mewujudkan   Lembaga   Pengarah   yang   berkesan untuk mengurus Syarikat dengan cekap dan telus maka 33%  (1/3)  keanggotaan Lembaga Pengarah  hendaklah  terdiri  daripada  Pengarah  bukan  Eksekutif yang bebas, berwibawa, berkaliber dan

    Sehubungan    dengan    itu    PKNS    akan    melantik    Pengarah    bebas    bagi                        setiap syarikat anak PKNS termasuk SIC.

     

     

  3. Bagaimana boleh terjadi Lembaga Pengarah menerima elaun dan gaji yang tidak diluluskan?

    Manfaat seorang Lembaga Pengarah yang menerima elaun dan gaji bagi tempoh audit 2007 – 2009 adalah amalan pengurusan terdahulu yang diteruskan yang diketahui dan dipersetujui perlaksanaannya oleh Pengerusi Syarikat ketika itu. Namun begitu amalan  ini telah diberhentikan sejak Mac

Lampiran

Tiada Lampiran.