Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

355) PENGURUSAN SAMPAH KAMPUNG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan penambahbaikan pengurusan sampah kampung?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil tanggungjawab untuk menguruskan sampah di kawasan kampung dengan tanpa sebarang cas ke atas penduduk sejak 2016.

    Kerajaan Negeri ketika ini sedang dalam perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan untuk pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Kerajaan Negeri akan memastikan pengurusan sampah dan pembersihan awam di kawasan kampung dimasukkan ke dalam skop yang turut diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan selepas pengambilalihan kerja-kerja pengurusan sisa dan pembersihan awam oleh Kerajaan Persekutuan melalui pemakaian Akta 672 kelak.

  2. Adakah apa-apa standard yang ditetapkan?

    Antara standard yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri adalah kekerapan kutipan oleh pihak konsesi dan penyediaan jenis tong sampah di setiap komuniti/ kampung.

  3. Berapakah kos yang diperuntukkan untuk kebuk sampah, CCTV, pencahayaan dan sebagainya di setiap lokasi?

    Kos yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.