Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
139) PENGURUSAN SAMPAH DOMESTIK DI KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berkenaan dengan pengurusan sampah domestik di kawasan kampung. Berapakah jumlah peruntukan bagi pengurusan tahunan?
(a) dan (b) dijawab bersekali.
Bermula belanjawan tahun 2017 Kerajaan Negeri telah bersetuju agar penyaluran peruntukan dilaksanakan kepada PBT yang berpendapatan rendah bagi membantu kerja-kerja kutipan sampah di kampung dan kawasan pembangunan strata.
Bagi tahun 2019, sebanyak RM6.36 juta telah diperuntukkan untuk tujuan penyaluran kepada PBT bagi kutipan sampah di kampung tradisi dan kutipan sampah pukal termasuk bayaran Pengurusan Sisa Pepejal di Pulau Ketam & Sg. Lima serta Operasi Tapak Pelupusan Sisa Lengai Pulau Ketam. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak melibatkan pengurusan tapak pelupusan sampah haram.
-
Apakah peruntukan ini termasuk pengurusan sampah haram di kawasan kampung?