Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

35) PENGURUSAN SAMPAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kompaktor telah dibeli oleh kerajaan negeri untuk tujuan pengurusan sampah di negeri Selangor?

    Terdapat 50 buah kompaktor untuk tujuan pengurusan sampah di Negeri

  2. Berapakah jumlah telah dibelanjakan?

    Bagi kos perbelanjaan pembelian kompaktor, ia tidak melibatkan kewangan Kerajaan Negeri kerana kompaktor telah disediakan oleh syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan mendapatkan pembiyaan daripada institusi

     

    Diperingkat PBT aduan berkenaan sampah sarap tidak dikutip adalah semakin berkurangan kerana adanya pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan. Jika ada aduan ia disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah terdapat orang atau pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya dan terjadinya tapak pembuangan sampah haram. Selain itu juga proses perlantikan kontraktor kerja yang baru kurang arif dengan kawasan kerja menyebabkan sampah lambat dikutip tetapi ia akan kembali normal selepas kontraktor kerja arif dengan kawasan kerjanya. Bukan itu sahaja, kadangkala masalah kenderaan pengutip sampah rosak dan perlu diselenggara dan dibaik pulih dengan segera juga boleh menyebabkan sampah lambat dikutip sementara menanti kenderaan lain. Kapasiti sampah yang melampau juga boleh menyebabkan kelewatan kutipan sampah berlaku berikutan tapak pelupusan yang jauh. Selain daripada itu ada sesetengah penduduk lewat mengeluarkan sampah dan yang merumitkan sampah ditinggalkan di dalam kawasan rumah yang berkunci.

  3. Kenapa masih terdapat aduan berkenaan sampah sarap tidak dikutip?

Lampiran

Tiada Lampiran.