Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
62) PENGURUSAN SAMPAH DI KAWASAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperbaiki dan mengatasi masalah ini?
Kampung tradisi, bagan dan tempat-tempat yang tidak terletak di dalam kawasan operasi PBT secara prinsipnya tidak diberi perkhidmatan kutipan sampah dan pengurusan sampah. Namun, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa mengambil berat tentang pengurusan sampah di kampung-kampung luar kawasan operasi PBT khususnya kampung yang terletak di kawasan bandar.
Untuk makluman juga, bermula belanjawan tahun 2017 Kerajaan Negeri telah bersetuju agar penyaluran peruntukan dilaksanakan kepada PBT yang berpendapatan rendah bagi membantu kerja-kerja kutipan sampah di kampung dan kawasan pembangunan strata.
Selain itu, bagi memperbaiki dan mengatasi masalah sisa pepejal di kawasan tersebut, tong sampah berpusat telah ditempatkan di lokasi yang sesuai dan PBT turut memberi perkhidmatan kutipan sampah berjadual melalui syarikat pengurusan sisa pepejal yang dilantik iaitu syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) secara berperingkat.