Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

223) PENGURUSAN SAMPAH DAN SISA PEPEJAL WALAUPUN DI KAWASAN KAMPUNG TRADISI TIDAK DILIPUTI OLEH SISTEM KUTIPAN SAMPAH YANG SEMPURNA, NAMUN KUTIPAN YANG TELAH DIPERKENALKAN KETIKA INI ADALAH BAIK BAGI KELESTARIAN ALAM DI KAWASAN KAMPUNG-KAMPUNG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah program ini boleh ditambah baik di kawasan DUN Sg Burong?

    Pihak Majlis telah melantik pihak KDEB Waste Manangement Sdn. Bhd. secara PMC bagi pengurusan sampah di kampung tradisi. Kawasan DUN Sg. Burung juga termasuk dalam inventori kutipan sampah domestik kampung tradisi. Sebanyak 21 kampung yang terlibat dan sebanyak 37 tong sampah ditempatkan dalam DUN Sg. Burung.

  2. Adakah fasiliti sedia ada di DUN Sg Burong boleh diperbaiki?

    Pihak jabatan menggunakan peruntukan sediada bagi melaksanakan pengurusan sampah kampung tradisi. Pihak jabatan menyediakan tong sampah jenis leach bin 1500 liter bagi pengurusan sampah kampung tradisi. Bagi pemilihan lokasi tong adalah cadangan daripada pihak Ketua Kampung. Jadual kutipan sampah domestik tiga kali seminggu seperti di dalam dokumen perjanjian.

Lampiran

Tiada Lampiran.