Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
217) PENGURUSAN SAMPAH DAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha di peringkat kerajaan bagi memastikan masyarakat di Selangor mengamalkan budaya Kitaran semula sampah & minyak masak
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa mengadakan kempen kepada masyarakat bagi memastikan pengamalan kitar semula sampah dan minyak masak berjaya dilaksanakan. Sebagai contoh di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan beberapa pusat pengumpulan barang kitar semula seperti di Seksyen 2, Seksyen 6, Seksyen 11, Seksyen 17, Seksyen 25 dan Seksyen
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menjalankan Projek Perintis Program Pengasingan Sisa di Punca dengan mengedarkan 2 jenis tong iaitu tong sisa organik dan tong bahan kitar semula. Majlis Perbandaran Sepang pula telah menjalankan aktiviti pengasingan sampah dari rumah bermula November 2013 di kawasan Kota Warisan dengan pengagihan tong sampah percuma sebanyak 773 unit. Pihak MDKS pula mengadakan program Kitar Semula setiap hari Sabtu di Pusat Kitar Semula Pekan Lama Kuala Selangor dan pemberian tong kitar semula di 15 buah sekolah.
Program kitar semula ini juga dijalankan di setiap PBT melalui program- program yang dijalankan.
Bagi kempen pengumpulan miyak masak terpakai, PBT di Negeri Selangor telah melaksanakan kempen dengan kaedah atau kempen yang pelbagai seperti yang ditunjukkan di jadual di bawah :
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
KEMPEN / KAEDAH MBSA
Melantik operator bagi mengurus dan menyelenggara pusat kitar semula milik MBSA.
Mengadakan Seminar Pengurusan Minyak Masak
Terpakai dan Seminar Pengurusan Bahan Kitar Semula untuk penduduk. Program kutipan minyak masak terpakai secara usahasama dengan pihak Politeknik Shah Alam dan MPP Zon 16.
Karnival Kesihatan anjuran MPP Zon 8.
Pameran dan Kempen Pengurangan Penghasilan Sisa yang dianjurkan oleh Syarikat Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd.
Penempatan tong bagi pengumpulan minyak masak terpakai di setiap pusat kitar semula MBSA.
Edaran tong pengumpulan minyak masak terpakai kepada pengusaha premis-premis makanan didalam kawasan
MBPJ
Projek perintis pengkomposan sisa makanan Program kitar semula minyak masak di restoran, sekolah dan persatuan penduduk.
Projek perintis 3R di kawasan Kayu Ara, Seksyen 16,11 dan PJS 1
MPSJ
Melibatkan kerjasama 228 buah premis untuk kutipan minyak masak terpakai
MPKJ
Kerjasama dengan badan sukarela iaitu Pertubuhan Seri Sinar dan Pertubuhan Kebajikan Kitar Semula.
Selain itu, kajian turut dijalankan oleh Syarikat PE Research Sdn. Bhd. turut menumpukan kepada pengelibatan komuniti, pemilik dan penyewa premis komersil
MPS
PROJEK PERINTIS : PROGRAM PENGASINGAN
SISA DIPUNCA ( edaran tong minyak masak di kantin / cafeteria sekolah, badan kerajaan dan swasta serta gerai majlis di sekitar Bandar Baru Selayang) dengan usaha sama Uni10 Energy Sdn Bhd.
Kutipan minyak masak dari kawasan komuniti di Pusat Kitar Semula MPS di Sri Gombak dengan usaha sama Uni10 Energy Sdn Bhd.
MPK
Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai untuk dijadikan bahan Biodiesel
MPAJ
MPAJ dalam proses meluaskan kempen ke kawasan kediaman penduduk dengan menubuhkan pusat pengumpulan minyak masak terpakai
Setiap JMB dan badan pengurusan rumah bertingkat diminta untuk menyediakan banyak tong kitar semula minyak masak
MPSP
Program KISMAT di sekolah, premis makanan, Joint Management Body (JMB) dan kawasan perumahan.
Menjalankan aktiviti pengasingan sampah dari rumah bermula November 2013 di kawasan Kota Warisan dengan pengagihan tong sampah percuma sebanyak 773 unit.
MDKS
Pengumpulan minyak daripada Jabatan dalaman MDKS, pengumpulan dari restoran serta peniaga Bazar Ramadhan dan menyediakan pusat kitar semula di Medan selera bagi memeudahkan peniaga membuang minyak terpakai di Pusat yang disediakan.
MDSB
Mengadakan program kitar semula pada setiap hari sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Stadium Sungai Besar dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
MDKL
Mengadakan program kutipan minyak masak terpakai dengan pengelibatan peniaga Bazar Ramadhan dan kedai makan.
MDHS
Mewujudkan beberapa pusat pengumpulan barang kitar semula di pekan Kuala Kubu Baharu, Taman Desa Melor Serendah, perumahan Taman Adenium Bukit Beruntung dan Jalan Meranti Batang Kali.
Menjalinkan kerjasama dengan NGO bagi program kitar semula seperti memberi kelulusan penempatan
35 unit tong kitar semula barangan fabrik dan pakaian bersama Syarikat Life Line Clothing Sdn. Bhd. dan penempatan 18 unit tong kitar semula dengan kerjasama pertubuhan amal kitar semula.
-
Sejauh manakah kejayaannya?
Sehingga Jun 2015, PBT Negeri Selangor telah berjaya mengumpul jumlah kutipan kitar semula sampah dan minyak masak seperti berikut :
PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH KITAR SEMULA SAMPAH (KG)
JUMLAH KUTIPAN MINYAK MASAK TERPAKAI (KG)
MBSA 2,430,358.0 45,175.1 MBPJ 741,183.2 10,946.5 MPSJ 316,371.7 36,795.4 MPKJ 741,539.2 193.0 MPS 8,933,237.3 3,330.0 MPK 2,246,122.3 2,530.0 MPAJ 1,994,699.0 2,239.6 MPSP 5,887.3 6,472.7 MDKS 23,145.0 47.0 MDSB 0.0 0.0 MDKL 151,030.0 890.0 MDHS 3,750,000.0 90.7 JUMLAH 21,333,573.00 108,710.00 -
Apakah kayu ukur yang digunapakai bagi mengukur kejayaan program ini?
Kerajaan Negeri melihat kejayaan Program ini adalah dengan penambahan jumlah kutipan mengikut tahun yang dilakukan di peringkat PBT. Bagi pengumpulan minyak masak terpakai, Kerajaan Negeri mensasarkan kutipan sebanyak 60,000 kg minyak dapat dicapai dengan kerjasama semua PBT di Negeri Selangor bagi tahun