Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

233) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan terhadap kontraktor yang berprestasi buruk?

    Kontraktor perkhidmatan bagi kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam yang didapati berprestasi buruk oleh PBT adalah akan diberikan Notis Tindakan Pembetulan (NTP) dan notis peringatan supaya tidak mengulangi kesilapan. Kontraktor tersebut diberi tempoh untuk melaksanakan kerja- kerjanya semula dengan segera dan tindakan pemotongan tuntutan kerja akan dikenakan terhadap kontraktor yang tidak menjalankan kerja yang sepatutnya. Kontraktor yang mengulangi kesilapan akan diberikan notis penamatan kontrak seperti yang telah diperakui di dalam dokumen kontrak antara PBT dengan kontraktor

  2. Apakah faktor utama wujudnya kontraktor yang berprestasi buruk?

    Faktor utama wujudnya kontraktor yang berprestasi buruk adalah:-

     

    Kontraktor baru belum biasa dengan kawasan baru menyebabkan terlepas pandang beberapa kawasan;

     

    Kontraktor memerlukan pusingan modal yang tinggi;

     

    Harga tawaran yang ditawarkan oleh PBT masih mengikut harga terendah dan “sub” kepada pihak ketiga;

     

    Kontraktor kecil tidak mampu melabur dalam kelengkapan mereka seperti keadaan logistik yang uzur seperti lori kompaktor yang sering rosak dan perlu penyelenggaraan yang kerap menyebabkan kos operasi meningkat; dan

     

    Kontraktor sambil lewa sekiranya pemantauan PBT tidak dilaksanakan setiap hari oleh

     

  3. Sejauh manakah persiapan kerajaan negeri dalam pelaksanaan pembahagian sampah mengikut jenis?

    Kerajaan Negeri sedang dalam menjalankan kajian pengasingan sisa isi rumah melalui Projek Perintis Kitar Semula di beberapa lokasi yang dipilih. Hasil kajian ini akan menunjukkan tren masyarakat di sesuatu kawasan dalam aktiviti kitar semula bagi sisa isi rumah dan kajian tersebut akan memberikan gambaran kepada Kerajaan Negeri untuk menambah baik lagi pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Aktiviti ini perlu mengambil tempoh yang panjang berikutan ia dilakukan bersama-sama masyarakat dan

Lampiran

Tiada Lampiran.