Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
248) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuat undang-undang mengenai pengasingan sampah sebagaimana yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan?
a) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk membuat dasar dan undang- undang berkaitan pengasingan sampah. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri sedang dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor di mana pengasingan sampah adalah salah satu elemen di dalam enakmen tersebut.