Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

234) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah sampah yang dihasilkan setiap hari di Selangor setakat kini?

    Secara puratanya sampah yang dijana di seluruh PBT Negeri Selangor adalah sebanyak 10,000 tan sehari. Ia terdiri daripada 7,000 tan sampah yang diuruskan oleh pihak KDEB Waste Management Sdn. Bhd. yang meliputi sisa domestik, sampah kebun dan sampah pukal. Manakala sebanyak 3,000 tan sampah terdiri dari sumber kilang, sampah haram dan sampah-sampah di bawah skop kerja PBT seperti longkang besar, taman awam, jalan, cantasan pokok dan landskap.

  2. Apakah rancangan kerajaan demi mengurangkan sampah di dalam negeri?

    Bagi mengurangkan sampah daripada dibuang ke tapak pelupusan sepenuhnya, kempen-kempen dan program-program seperti program kitar semula yang berunsurkan pendidikan dan kesedaran sedang dipergiatkan oleh PBT kepada komuniti setempat, sekolah dan persatuan (NGO). Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi mewujudkan Pusat Kitar Semula di kawasan perumahan dan kampung melalui PBT dan Pejabat Daerah/ Tanah (PDT). Antara bahan asas yang dikitar semula termasuk kertas, kaca, plastik dan logam

  3. Adakah kerajaan berhasrat menguruskan sampah dengan cara lain selain daripada cara penanaman sampah?

    Kerajaan Negeri melalui anak syarikat iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) sedang membangunkan dua (2) buah projek yang bukan berasaskan penanaman sampah di tapak pelupusan (landfill) iaitu melalui loji “Waste to Energy” (WtE) di Jeram, Kuala Selangor dan Tanjung Dua Belas, Kuala Langat.

     

    Maklumat tambahan

    1. a) WHB: Jadual jumlah sampah dilupuskan setiap hari mengikut PBT (Domestik / Sisa Lengai)
    Purata Sisa Pepejal Sehari (ton/day)
    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sisa Domestik Sisa Lengai
    MBPJ 600 60
    MBSA 950 100
    MPKS 200
    MPAJ 400 50
    MPK 700
    MPSJ 600 100
    MPS 200 100
    MPKj 650
    MPSp 400 20
    MDSB 90
    MPKL 200 5
    Total 4,990 435

    c) WHB akan membangunkan loji ‘Waste to Energy” di Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor dan di Tapak pelupusan Sanitari Tanjung Dua belas, Kuala Langat bagi menguruskan sampah selain daripada cara penanaman sampah.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.