Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

33) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berikan statistik aduan masalah pengurusan sampah mengikut PBT?

    Statistik adalah seperti yang dilampirkan

  2. Kenapa masalah ini berlaku dan apakah langkah diambil oleh PBT Ð PB untuk memastikan perkara ini diatasi?

    Langkah-langkah tindakan dan pengawalan di setiap PBT dalam aktiviti kegiatan pembuangan sampah haram di Selangor adalah berbeza. Antara langkahlangkah yang diambil oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dengan melakukan operasi membanteras kegiatan pembuangan sampah haram. Ia selaras dengan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) mencegah kekotoran MDKL.

    Manakala Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan menubuhkan Unit Flying Squad yang dibentuk pada 20 Februari 2006, dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) pula dengan melakukan aktiviti pemantauan berkala secara bersepadu dengan Bahagian Penguatkuasaan. Selain dari itu, ganjaran dan insentif turut diberikan kepada mereka yang memberikan maklumat yang betul dan tepat.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.