Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

216) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Worldwide Holding akan ambil alih pengurusan sampah di negeri Selangor.

    1. Pihak Worldwide Holding Sdn. Bhd. (WHB) tidak mempunyai sebarang cadangan bagi mengambil alih bagi kerja-kerja pengutipan sampah. Ini kerana perjanjian diantara Kerajaan Negeri bersama WHB hanya melibatkan kawasan tapak pelupusan sampah. Manakala bagi kerja-kerja pengutipan sampah, ia terletak di bawah pengurusan syarikat konsesi Alam Flora sepenuhnya. Hal ini juga telah mendapat kelulusan daripada mesyuarat Kabinet pada tahun 1998 dan merupakan arahan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan
  2. Adakah PBT berkuasa dan dalam keadaan apa boleh menamatkan mana-mana kontraktor yang mengutip sampah?

    1. Bagi Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), mereka menyatakan pihak PBT mempunyai kuasa bagi menamatkan mana-mana kontraktor yang menjalankan operasi pengutipan sampah. Walaubagaimanapun, penamatan kontraktor tersebut hanya boleh dibuat oleh PBT dalam beberapa keadaan. Antaranya, jika kontraktor berkenaan didapati melanggar syarat kontrak yang dibuat bersama pihak majlis. Kontraktor berkenaan juga boleh ditamatkan kontrak jika didapati mengalami kerugian dan muflis. Manakala bagi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), mereka tidak mempunyai kuasa bagi menamatkan mana-mana kontraktor mengutip sampah. Hal ini kerana pihak MPAJ  telah  menyerahkan secara novasi kepada konsesi Alam Flora pada 15 Julai 2009. Oleh itu, penamatan kontraktor hnya boleh dilakukan oleh Alam Flora kerana perjanjian telah dimeterai oleh kedua-dua belah pihak tanpa melibatkan
  3. Adakah PBT berhak menamatkan kontrak alam flora memandangkan alam flora menandatangani perjanjian dengan PBT dan bukan kerajaan negeri Selangor

    1. Pihak MPAJ mempunyai kuasa bagi menamatkan perjanjian kontrak dengan Alam Flora kerana perjanjian tersebut telah dimasuki oleh kedua-dua belah pihak. Walaubagaimanapun, pihak MPAJ perlu terlebih dahulu memperolehi rujukan dan maklumbalas daripada Kerajaan Negeri disebabkan perjanjian  tersebut  telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri. Berdasarkan perjanjian antara Alam Flora bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) mereka boleh menamatkan  perjanjian  dengan  memberi notis bertulis kepada pihak Alam Flora. Penamatan ini hanya boleh  dilaksanakan sekiranya pihak Alam Flora tidak mematuhi terma, skop dan  spesifikasi kerja yang

Lampiran

Tiada Lampiran.