Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
210) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana PBT memastikan kutipan sampah mengikut jadual sampah? Apa tindakan ke atas kontraktor sampah yang gagal melaksanakan kerja? Senaraikan kontraktor yang mendapat kontrak mengikut PBT.
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kutipan sampah mengikut jadual dan spesifikasi. Bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) antara langkah-langkah yang telah diambil ialah sentiasa melakukan pemantauan terus kontraktor yang dilantik oleh kakitangan majlis dan mengenakan “Notice To Correct” (NTC) kepada kontraktor yang gagal menjalankan perkhidmatan dengan sempurna. Manakala Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) mengambil langkah dengan pemetaan semula kawasan kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Pihak PBT mempunyai pasukan pemantau yang akan menjalankan aktiviti pemantauan terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor. Oleh itu, pihak PBT mempunyai kuasa bagi mengeluarkan “Notice To Correct” (NTC) dan boleh melakukan pemotongan bayaran jika sekiranya kontraktor tidak melaksanakan kerja mengikut jadual dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.
Senarai kontraktor sampah yang mendapat kontrak mengikut PBT boleh didapati dalam laman web PBT masing-masing. Bagi bilangan kontraktor di setiap PBT adalah seperti di LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 1
1. MBSA 47 2. MBPJ 53 3. MPSJ 37 4. MPKj 47 5. MPS 30 6. MPK 45 7. MPAJ 36 8. MPSp 10 9. MDKS 9 10. MDSB 2 11. MDHS 19 12. MDKL 7 JUMLAH 342