Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
97) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil alih urusan kutipan dan pengurusan sampah dari pihak operator swasta. Berapakah kos yang dikeluarkan oleh semua PBT untuk membeli alatan pembersihan seperti lori dan sebagainya ?
Setelah Kerajaan Negeri menyatakan keputusan bagi melakukan proses pengambilalihan bagi kerja-kerja kutipan sisa pepejal berkuat kuasa pada 16 Oktober 2011. Kebanyakan PBT telah memperuntukkan kewangan bagi membeli alatan pembersihan seperti lori dan sebagainya. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah membelanjakan sebanyak RM713,677.51 bagi membeli kenderaan seperti lori compactor dan lori RORO. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah PBT yang tidak mengeluarkan kos sebaliknya hanya menggunakan peralatan lama seperti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
-
Berapakah kos upah untuk pekerja yang mengendalikan urusan kutipan tersebut ?
Kos upah kepada pekerja yang mengendalikan kerja-kerja kutipan sampah bagi semua PBT adalah berlainan. Bagi pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hanya akan melantik pekerja secara kontrak dengan anggaran gaji sebanyak 51 sebulan. Manakala pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah melantik seramai 50 orang pekerja dengan kadar bayaran gaji sebanyak RM1,200 sebulan.
-
Adakah pendekatan ini berjaya menjimatkan kos operasi semua PBT ?
Melalui proses pengambilalihan kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam oleh semua PBT, kos operasi dapat dijimatkan. Perincian penjimatan di setiap PBT adalah seperti di LAMPIRAN 1.
LAMPIRAN 1
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH PENJIMATAN SETAHUN (RM)
1. MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 22,844,403.60 2. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 15,000,000.00 3. MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 2,500,000.00 4. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 6,000,000.00 5. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 1,800,000.00 6. MAJLIS PERBANDARAN KLANG 6,000,000.00 7. MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 12,705,884.62 8. MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 3,121,625.76 9. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 6,800,000.00 10. MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 1,220,824.75 11. MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR TIADA 12. MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 2,955,477.40 JUMLAH PENJIMATAN SETAHUN 80,948,216.13