Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
84) PENGURUSAN RUMAH BERTINGKAT KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Selepas Skim Ceria, adakah Kerajaan telah ada perancangan atau bersedia untuk melaksanakan program serupa bagi membantu meningkatkan tahap kehidupan rakyat yang tinggal di rumah-rumah bertingkat (strata) kos rendah?
- Setakat ini Kerajaan Negeri masih meneruskan Skim CERIA untuk membantu penduduk pangsapuri kos rendah dapat menikmati kemudahan komuniti yang berkualiti untuk kesejahteraan kehidupan.
-
Selain dari program Skim Ceria, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memperuntukkan sedikit bantuan kewangan untuk JMB yang mengalami masalah kutipan yuran penyelenggaraan bagi membantu penyelenggaraan kawasan JMB?
Kerajaan Negeri mendapati faktor utama permasalahan di pangsapuri kerana kegagalan JMB/MC menguruskan kutipan, perbelanjaan dan mengawal vandalisme. Oleh itu, Sistem Pengurusan Kewangan Negeri Selangor sedang dibangunkan sebagai medium one stop centre untuk JMB/MC melaporkan pengurusan kewangan dengan mudah kepada LPHS dan COB, PBT. Laporan ini dapat menganalisa kemampuan kewangan JMB/MC untuk diberi khidmat nasihat yang berkaitan bagi memantapkan pengurusan kewangan JMB/MC terutama pengurusan kutipan berdasarkan bulan semasa dan perbelanjaan mencukupi bagi 5 aspek utama iaitu pembersihan, mechanical & electrical, sivil & structure, pentadbiran dan
Untuk memastikan pemberdayaan JMB/MC agar tidak bergantung secara berterusan kepada Kerajaan Negeri, pada tahun ini duplikasi dua Projek K-Inovasi sedang dilaksanakan melibatkan 20 kawasan pangsapuri seperti berikut:
- Pusat Kitar Strata
Pusat pengumpulan sampah yang boleh dikitar semula yang diuruskan oleh JMB/MC. JMB/MC akan membayar penduduk secara kupon. Kupon tersebut boleh dikontra untuk membayar caj atau membeli barangan di kedai mini yang berdekatan. Tempoh jangka hayat kupon
hanya 3 bulan sahaja bagi menggalakkan pemilik melunaskan tunggakan caj dengan segera. Impak dari projek ini adalah seperti berikut:
- Menambah pendapatan JMB/MC.
- Memupuk budaya bersih sehingga peringkat kanak-kanak.
- Meningkatkan
- Meningkatkan kutipan caj (bayaran secara kupon luput tempoh 3 bulan).
- Penjimatan kos
- Mengurangkan pembuangan sampah bukan domestik di tempat sampah
- Memupuk budaya keusahawan di kalangan anak-anak pangsapuri.
- E-Pay Komuniti
Pusat perkhidmatan pembayaran setempat di pejabat JMB/MC melalui mesin pembayaran elektronik E-Pay melibatkan 60 jenis produk dan perkhidmatan seperti pembayaran bil air, bil elektrik, bil Astro, tambah nilai prabayar telefon dan lain-lain. Impak dari projek ini adalah seperti berikut:
- Menambah pendapatan JMB/MC.
- Memberi nilai tambah perkhidmatan JMB/MC kepada
- Mengeratkan hubungan JMB dan komuniti melalui kaedah bersemuka.
Projek duplikasi K-Inovasi ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa dan diteruskan kepada pangsapuri kos rendah yang lain pada tahun-tahun akan datang.