Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
174) PENGURUSAN RIZAB WANG DISATUKAN KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan dalam pengurusan penjimatan dan penggunaan wang disatukan?
Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan kewangan Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur serta mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Pengurusan perbelanjaan wang awam Kerajaan Negeri menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money). Perbendaharaan Negeri Selangor ke arah pengurusan perbelanjaan wang awam yang sempurna telah mengeluarkan :-
Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 7 Tahun 2013 : Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 bertujuan untuk memaklumkan garis panduan perbelanjaan berhemat bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan
Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2014 : Pemakaian Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 – Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam yang berkuat kuasa pada 1 April 2014 bertujuan memaklumkan berkenaan langkah penjimatan dalam perbelanjaan sektor awam;
Surat Arahan Perbendaharaan – Langkah Penjimatan Dalam Perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa pada 1 April 2014 bagi memaklumkan mengenai perubahan had nilai dan syarat-syarat pembelian terus bagi bekalan / perkhidmatan dan had nilai kerja requisition selaras dengan penjimatan kerajaan ; dan
Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangro Bil 7 Tahun 2014 – Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off yang berkuat kuasa pada 1 Januari bagi memaklumkan mengenai pinddan dasar perolehan Kerajaan Negeri Selangor daripada sistem harga tersendah setelah melapasi penilain teknikal kepada sitem cut-off iaiut satu tanda aras harga sebut harga dan tender yang diperoleh melalui formula statistik bagi mendapatkan harga yang
-
Apakah penjimatan akan dijadikan instrumen untuk mengelakkan Kerajaan terjebak ke dalam belanjawan defisit?
Ya, di samping elemen penjimatan dan perbelanjaan berhemat yang sentiasa ditekankan oleh Kerajaan Negeri, usaha untuk meningkatkan prestasi kutipan hasil juga merupakan instrumen untuk mengelakkan belanjawan
-
Adakah Kerajaan merancang strategi belanjawan tahunan dengan nisbah 60%(pembangunan):40%(pengurusan)?
Perbelanjaan pengurusan adalah amat penting dalam menggerakkan pentadbiran Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, nisbah bagi belanja pengurusan adalah sewajarnya lebih tinggi daripada belanja pembangunan bagi menampung perbelanjaan Mengurus 25 buah jabatan di bawah Kerajaan Negeri. Justeru, perkhidmatan yang efisien dan terbaik dapat diberikan kepada pelanggan dan
Perbelanjaan pembangunan juga penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negeri. Ia dirangka melalui rancangan bagi tempoh lima tahun dengan pembahagian peruntukan pembangunan yang berbeza daripada satu tahun ke tahun yang lain dalam tempoh lima tahun tersebut. Nisbah yang tinggi bagi belanja pengurusan adalah bagus bagi pembangunan Negeri. Akan tetapi, pelaksanaan bagi perbelanjaan tersebut adalah sukar untuk dijangkakan dan Jabatan-jabatan yang akan melaksanakan projek-projek pembangunan ini juga memerlukan peruntukan belanja mengurus yang setimpal dalam melaksanakan projek Pembangunan yang dirancang.