Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
245) PENGURUSAN RIZAB KERAJAAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah kerajaan dalam menyiasat isu pemindahan hak milik tanah rizab kerajaan kepada kuil atau tokong di Kampung Rinching Hulu?
Tapak RIBI yang dimaksudkan merupakan tapak yang telah direzabkan dalam tapak pembangunan yang dimajukan oleh Setia Ecohill Sdn Bhd yang diluluskan dalam pelan susunatur kebenaran merancang bil. MPKj.JPP/BPB/KM114-2012 (PD) (1) pada 31 Julai 2017 oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
-
Apakah hasil siasatan awal yang telah diperoleh?
Berdasarkan semakan tapak RIBI ini telah diwartakan sebagai tapak tokong seperti dalam Pelan Akui PA 228703.
-
Apakah tindakan susulan yang dirancang untuk mengatasi isu ini?
Pihak Majlis ada menerima surat daripada Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor berkaitan aduan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Rinching Hulu berkaitan perkara ini dan pihak Majlis telah memberi maklumbalas aduan tersebut terus kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Rinching Hulu pada 12 Februari 2025 dengan mengekalkan status sedia ada.