Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

283) PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA MANGSA BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah pihak yang akan diberi kuasa untuk mengurus hal ehwal pentadbiran PPS yang didirikan di sekolah, sama ada Pengetua, Guru Besar, Ketua Kampung atau Pegawai Daerah?

    Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) adalah pegawai yang diberi kuasa untuk mengistiharkan pengaktifan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengurus pengoperasian PPS yang diwartakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.