Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
123) PENGURUSAN POKOK-POKOK DI KOTA KEMUNING DAN BUKIT RIMAU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jadual untuk pihak-pihak berkuasa untuk meninjau pokok-pokok di kawasan untuk mengambil tindakan untuk memastikan keselamatan penduduk-penduduk?
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam melalui Jabatan Landskap sentiasa komited melaksanakan tinjauan dan pemantauan secara berterusan sepanjang tahun. Selain pelaksanaan kerja-kerja penyelesaian aduan pokok, pihak MBSA telah menyediakan jadual penyelenggaraan pokok ameniti di sesuatu kawasan dengan kekerapan 2 kali setahun.
-
Bagaimanakah kerajaan akan menguatkuasakan jadual tersebut dan memastikan kerja-kerja peninjauan akan dihabiskan pada masa yang tepat?
Bagi memastikan jadual yang disediakan dikuatkuasakan dan dipatuhi, penyelia kawasan perlu untuk membuat pemantauan secara berkala dan menyediakan laporan pemantauan dan pelaksanaan kerja di tapak.
Pihak MBSA juga telah mengambil inisiatif dengan melantik syarikat yang mempunyai Arboris Bertauliah (Certified Arborist) bagi melaksanakan inventori pokok ameniti dan aset Majlis di kawasan Kota Kemuning pada tahun 2025. Daripada inventori yang dilaksanakan, pihak Majlis dapat tahap risiko pokok dan keperluan tindakan penyelenggaraan bagi setiap pokok yang disenaraikan.