Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

212) PENGURUSAN PINJAMAN PELAJARAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat mekanisma yang sistematik dalam proses mengutip semula pinjaman daripada peminjam?

    Penambahbaikan yang lebih sistematik pada tahun 2013 dalam proses mengutip semula pinjaman daripada peminjam adalah seperti berikut:

     

    Proses Mengutip Tempoh Masa
    Surat Berdaftar 6 bulan dari tamat pengajian
    Penyata Kewangan 2 kali setahun
    Telefon/Pesanan Ringkas
    Surat Peringatan 1 3 bulan dari surat berdaftar
    Surat Peringatan 2 3 bulan dari surat peringatan 1
    Notis Tanpa Prejudis 3 bulan surat peringatan 2
    Notis            Penyenaraian                     Senarai Hitam(RAMCI) 3 bulan surat notis tanpa prejudis
    Letter of Demand melalui panel peguam 1 bulan notis penyenaraian senarai hitam

     

    Proses Mengutip Tempoh Masa
    Saman kepada peminjam tegar  

     

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekiranya terdapat transaksi bayaran dari peminjam tetapi tidak direkodkan oleh pihak pengurusan?

    Sebarang transaksi bayaran dari peminjam yang tidak direkodkan akan disemak melalui panel bank untuk mengetahui pembayaran dari penama tersebut. Walau bagaimanapun jika pembayar tersebut tiada di dalam senarai peminjam, pihak Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBS) akan meminta panel bank untuk memasukkan semula wang tersebut di akaun

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang memansuh pinjaman pelajaran yang gagal dibayar?

    Pinjaman Pelajaran hanya akan dimansuhkan bagi kes-kes berikut:

     

    Peminjam yang mendapat keputusan terakhir 3.75 ke atas;

     

    Peminjam yang telah meninggal dunia yang dikemukakan oleh waris- waris peminjam; dan

     

    Peminjam yang    mengalami    penyakit    kritikal/ketidakupayaan    kekal (permanent disability) yang telah disahkan oleh

Lampiran

Tiada Lampiran.