Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

130) PENGURUSAN PERUMAHAN OLEH PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang boleh diambil untuk memastikan PKNS mengambil tahu tentang pengurusan perumahan yang telah dibangunkan?

    Sebelum tertubuhnya Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) dan seterusnya Perbadanan Pengurusan (MC), PKNS perlu memastikan kesemua pengurusan kewangan di audit dan apartment tersebut perlulah diinsurankan. Aduan-aduan yang dikemukakan oleh JMB/MC selama tempoh bertenang (3 bulan) perlulah diambil tindakan pembaikan oleh PKNS. Selepas itu, penyerahan sepenuhnya kepada JMB/MC perlulah dilakukan supaya JMB/MC mengambil alih sepenuhnya peranan menguruskan apartment tersebut.

  2. Apakah jaminan keselesaan penghuni apartmen tersebut yang boleh dilakukan oleh PKNS?

    Keselesaan penduduk di kawasan perumahan apartment diutamakan dengan

    kemudahan asas seperti berikut:-

    1. Menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi
    2. Menyediakan kawasan rekreasi/taman permainan
    3. Rumah ibadah/surau
    4. Menjaga kebersihan dan kawalan keselamatan (untuk service apartment) melalui kontraktor yang dilantik (secara lawan harga).
    5. Menyediakan kaunter penerimaan aduan penduduk, pembayaran bil Maintenance (MC) dan bil air.
    6. Menggalakkan program kemasyarakatan melalui penubuhan badan komuniti dan aktiviti gotong-royong.
    7. Bekerjasama dengan PBT bagi memastikan tugas-tugas PBT dijalankan dengan sempurna.
  3. Mengapakah PKNS lebih mengutamakan pendapatan komersial dan industri sehingga mengabaikan permintaan dan keperluan masyarakat setempat?

    PKNS menekankan elemen pembangunan yang bersepadu sebagai sebuah agensi pembangunan Kerajaan Negeri.

    Oleh yang demikian PKNS perlu memainkan peranan sebagai kesinambungan dan integrasi bagi keperluan penduduk setempat dan juga orang rami.

    Pembangunan komersial dan industri adalah berperanan untuk menjana pekerjaan dan pendapatan kepada orang ramai.

    PKNS juga menetapkan pembangunan komersial dan industri dalam kawasan atau zon yang telah ditetapkan dalam pelan pembangunan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.