Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

13) PENGURUSAN PERMBERSIHAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam kepada semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd. Apakah rasional pengurusan pembersihan awam ini dikendalikan oleh PBT

    Kerajaan Negeri telah mengarahkan agar semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mengambil alih kerja-kerja pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB). Hal ini berikutan kerana terdapat banyak aduan yang diterima daripada orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh AFSB. Selain daripada itu, AFSB turut menetapkan kadar harga yang berbeza di setiap kawasan selenggara PBT bagi kerja-kerja pembersihan awam. Sehubungan dengan itu, pihak konsesi lantikan PBT terpaksa menanggung bebanan hutang berikutan daripada masalah berkenaan.

  2. Adakah semua PBT berkemampuan untuk menguruskan pembersihan awam sendiri dengan efisien?

    Berdasarkan daripada mesyuarat yang telah diadakan, setiap PBT telah menyatakan kemampuan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan awam berkenaan. Walau bagaimanapun, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah kekangan kewangan untuk melaksanakannya. Hal ini dapat dibuktikan apabila MDKS dan MDSB terpaksa menanggung hutang kepada pihak AFSB.

  3. Adakah implikasi kewangan dan tenaga kerja pada pihak PBT?

    Masalah kewangan dan tenaga kerja merupakan masalah utama kepada semua PBT bagi melaksanakannya. Hal ini kerana semua PBT memerlukan tenaga kerja yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti pemantauan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan supaya aduan yang diterima daripada orang ramai akan dapat diselesaikan dengan segera. Manakala masalah kekangan kewangan merupakan faktor utama yang dihadapi oleh semua PBT dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.