Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
357) PENGURUSAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan beban kerja kerani-kerani pusat khidmat, adakah Kerajaan Negeri akan menambah elaun kerani-kerani?
Beban kerja kerani-kerani Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) adalah tertakluk kepada penetapan dan pembahagian tugasan oleh Ahli Yang Berhormat masing-masing dan ianya hendaklah setimpal dengan pemberian elaun kerani iaitu RM2,000.00 sebulan ketika ini.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menambah elaun kerani-kerani memandangkan sebarang peningkatan kepada kadar elaun kerani PKM akan melibatkan implikasi kewangan yang lebih tinggi dan ianya juga adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri selain perlu dilihat bersekali dengan jawatan-jawatan setara yang lain.
-
Sudikah Kerajaan Negeri menambah bilangan kerani kawasan?
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Subang Jaya, buat masa ini Kerajaan Negeri akan mengekalkan bilangan kerani kawasan seramai empat (4) orang bagi setiap Dewan Negeri dan tiada perancangan untuk membuat sebarang pertambahan bilangan kerani kawasan.