Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

209) PENGURUSAN PEJABAT PENYELARAS DUN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos pengurusan pejabat dan bajet pembangunan penyelaras DUN Kerajaan Negeri?

    Kos pengurusan pejabat dan peruntukan pembangunan penyelaras DUN Kerajaan Negeri seperti perincian berikut:

     

     

    PERKARA RM RM
    (i)         Peruntukan Mengurus 98,000.00
    1. Bayaran sewaan dan utiliti 42,000.00
    2. Bayaran bil telefon 6,000
    3. Pengurusan pejabat 50,000.00
    (ii)        Peruntukan Pembangunan (projek/program mesra rakyat) 550,000.00
    JUMLAH PERUNTUKAN TAHUNAN 648,000.00
  2. Berapakah peruntukan tahunan yang diberikan kepada setiap penyelaras DUN tersebut?

    Peruntukan mengurus tahunan yang diberikan kepada setiap penyelaras DUN berjumlah RM150,000.00 dan perincian adalah seperti berikut:

     

     

    NO. PERKARA RM
    1. Bayaran bil telefon 6,000.00
    2. Sewaan dan utiliti pejabat 42,000.00
    3. Elaun kerani kawasan 72,000.00
    4. Elaun pegawai penyelaras 30,000.00
    JUMLAH PERUNTUKAN TAHUNAN 150,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.