Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

177) PENGURUSAN PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah hasil pendapatan pasir kepada kerajaan negeri daripada tahun 2006- 2010?

    Senarai jumlah hasil pendapatan pasir kepada Kerajaan Negeri dari tahun 2006-2010 adalah seperti dibawah.
    * Sumber diperolehi daripada PTD
    * Maklumat dikemaskini sehingga 15 Mei 2010
    TAHUN 2006 2007 2008 2009 2010
    DAERAH PASIR LAIN-LAIN PASIR LAIN-LAIN PASIR LAIN-LAIN PASIR LAIN-LAIN PASIR LAIN-LAIN
    PETALING 1,225,800. 00 1,165,092.0 0 987,900. 00 253,652.00 3,683,682. 00 150,350.00 102,000.00 259,450.00 12,000.00 53,800.00
    KLANG 133,161.00 432,000.00 90,000.00 Tiada Tiada 42,000.00
    SEPANG 484,057.46 439,950. 00 109,880.00 1,075,410. 00 284,610.00 1,658,910. 00 285,000.00 593,370.00 35,540.00
    KUALA LANGAT 237,600.00 194,000.00 186,000. 00 135,000.00 408,000.00 241,000.00 Tiada 909,000.00 372,000.00 540,000.00
    HULU LANGAT 130,716.00 10,147,624. 82 50,502.0 0 10,945,494. 88 142,500.00 9,371,647. 60 345,000.00 10,172,075. 20 333,000.00 4,581,850. 43
    KUALA
    SELANGOR 980,650.00 Tiada 15,000.00 386,250.00 13,800.00 2,556,000. 00 71,900.00 1,260,000. 00 43,800.00
    HULU
    SELANGOR 154,450.00 506,070.00 38,700.0 0 268,198.00 273,159.00 309,960.00 689,955.00 567,150.80 307,800.00 238,600.00
    SABAK BERNAM Tiada 18,000.00 Tiada 600.00 Tiada 40,000.00 Tiada 37,500.00 Tiada 17,300.00
    GOMBAK 38,235.00 3,021,449.9 0 790,953. 00 3,362,448.3 0 259,265.29 4,870,204. 30 79,904.04 2,722,052.6 0 24,600.00 1,485,415. 00

  2. Adakah satu jawatankuasa ditubuhkan bagi memantau hasil serta operasi pasir dan siapakah anggota dalam jawatankuasa tersebut?

    Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit Bahan Batuan telah
    ditubuhkan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah berkaitan dengan
    pasir dan mempertingkatkan kemampuan Unit Penguatkuasaan. Mesyuarat ini
    dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan dianggotai
    oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pentadbir Tanah, Jebatan-jebatan
    Teknikal dan KSSB. Selain itu, Pasukan Petugas Khas Pemantauan Permit Pasir
    telah ditubuhkan bagi memantau dari aspek teknikal terhadap keakuran pemegang
    permit / kontraktor dalam menjalankan aktiviti perlombongan pasir mengikut syaratsyarat dan kehendak Jabatan Teknikal yang berkenaan dan Pentadbir Tanah.

  3. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mempercepatkan kelulusan pengeluaran pasir sungai yang menyebabkan banjir dan badan manakah yang bertanggungjawab meluluskan pengeluaran pasir daripada sungai?

    Bagi mempercepatkan kelulusan pengeluaran pasir sungai yang menyebabkan
    banjir, Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit Bahan Batuan
    diberi tanggungjawab untuk memastikan semua permohonan pasir sungai diproses
    dengan kadar segera. Pentadbir Tanah akan mengeluarkan Borang 4C kepada
    Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi mengendalikan pengeluaran pasir sungai
    tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.