Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

133) PENGURUSAN PARKIR PBT

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarikat-syarikat pengurusan parkir di setiap PBT.

    Enam (6) PBT menguruskan sendiri parkir masing-masing manakala pengurusan parkir bagi lima (5) PBT lagi masih di bawah konsesi dengan Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. Berikut adalah perincian mengikut PBT:

     

    PBT SYARIKAT KONSESI PARKIR
    Majlis Bandaraya Shah Alam Suasa Efektif (M) Sdn Bhd

     

    Majlis Perbandaran Kajang
    Majlis Perbandaran Selayang
    Majlis Perbandaran Sepang
    Majlis Perbandaran Kuala Selangor
    Majlis Bandaraya Petaling Jaya Pengurusan Parkir diuruskan oleh PBT sendiri
    Majlis Bandaraya Subang Jaya
    Majlis Bandaraya Diraja Klang
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya
    Majlis Perbandaran Kuala Langat
    Majlis Perbandaran Hulu Selangor
  2. Sejauh manakah pelaksanaan terhadap pengambilalihan pengurusan parkir oleh PBT seperti keputusan MMKN 41/2020?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 10/2024 yang bermesyuarat pada 3 April 2024 dan disahkan oleh MMKN Ke 11/2024 pada 8 April 2024 bersetuju supaya Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT), UPEN meneliti segera model cadangan mewujudkan Syarikat Bertujuan Khas atau Special Purpose Vehicle (SPV) bagi menguruskan Tempat Letak Kereta di seluruh Negeri Selangor. Pada masa ini, SPBT, UPEN sedang dalam semakan akhir sebelum perkara tersebut di angkat untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.