Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
407) PENGURUSAN PARIT BESAR DI LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (WCE)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapa yang bertanggungjawab berkaitan pengurusan parit besar di kiri dan kanan WCE?
Tanggungjawab pengurusan parit besar bagi jajaran Jalan FT005 adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya. Walaubagaimanapun, bagi jajaran WCE, adalah di bawah tanggungjawab WCE sendiri dan LLM.
Kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 adalah sebahagian jajaran jalan yang menghubungkan ke Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE). Seksyen yang terlibat adalah seksyen 509.0 di Sekinchan hingga seksyen 548.6 di Sabak Bernam. Selepas seksyen tersebut adalah dibawah JKR Bagan Datuk hingga ke sempadan WCE. Terdapat longkang dan parit tanah di kiri dan kanan jalan tersebut. Purata saiz longkang dan parit tanah adalah melebihi 2.5 meter. Longkang dan parit tanah ini merupakan pengairan air untuk pesawah padi. Sebelum projek menaiktaraf jalan ini, kerja-kerja pembersihan longkang dan parit tanah dibawah tanggungjawab JPS Sabak Bernam. Setelah projek menaiktaraf bermula kerja-kerja pembersihan longkang telah diserahkan kepada Pasukan Projek Khas Ibu Pejabat JKR Malaysia dan diselenggara oleh pihak kontraktor yang dilantik. Apabila projek ini siap dilaksanakan tiada jabatan yang membuat senggaraan. Ekoran daripada itu pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara JKR dan JPS Negeri. Setelah pelbagai isu dibangkitkan, KKR telah mengesyorkan bagi Tahun 2025 pihak JKR Sabak Bernam diberikan tanggungjawab untuk pembersihan longkang dan parit tanah bagi Tindakan Jangka Pendek. Tahun berikutnya akan diadakan mesyuarat penyelarasan bagi muktamadkan jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya.
-
Siapa yang bertanggungjawab untuk membersih dan menyelenggara parit-parit tersebut?
Konsesi bagi lantikan WCE dan LLM yang bertanggungjawab bagi membersih dan menyelenggara parit-parit di bawah kawasan jajaran WCE, manakala konsesi JKR bertanggungjawab bagi membersih dan menyelenggara parit-parit dalam jajaran FT005 kawasan tersebut.
Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara JKR dan JPS Negeri. Setelah pelbagai isu dibangkitkan, KKR telah mengesyorkan bagi Tahun 2025 pihak JKR Sabak Bernam diberikan tanggungjawab untuk pembersihan longkang dan parit tanah bagi Tindakan Jangka Pendek. Tahun berikutnya akan diadakan mesyuarat penyelarasan bagi muktamadkan jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya.
-
Apakah punca parit-parit ini tidak diselenggara mengikut jadual yang sepatutnya?
Punca longkang dan parit tanah ini tidak diselenggara mengikut jadual adalah disebabkan penyerahan secara rasmi kepada JKR mengambil masa. Walaubagaimanapun, Pada 11 Oktober 2024, pihak JKR Negeri Selangor telah menerima arahan serahan secara rasmi bagi senggaraan longkang dan parit tanah dan pihak konsesi diminta menjalankan senggaraan jalan.