Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
129) PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri boleh memastikan JMB mempunyai peruntukan yang cukup bagi kerja-kerja penyelenggaraan?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi memastikan JMB mempunyai peruntukan yang cukup bagi kerja-kerja penyelenggaraan seperti berikut:
Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni.
Kerajaan Negeri telah melaksanakan program ini kepada 30 kawasan pangsapuri semenjak dari tahun 2008. Hasil analisa ke atas 4 pangsapuri yang telah dilaksanakan program tersebut pada tahun 2014, adalah didapati peratus kutipan caj penyenggaraan adalah meningkat antara 10% sehingga 20% bagi 4 kawasan tersebut setelah 6 bulan program berkenaan diadakan.
Ops Bayar
(Tindakan Pendakwaan Ke Mahkamah Bagi Pemilik Tidak Membayar Caj).
Kerajaan Negeri telah membawa 750 kes pendakwaan ke mahkamah bagi pemilik tidak membayar caj. Hasil analisa ke atas 4 pangsapuri (sampel kes), perbandingan hasil kutipan caj bagi tahun 2013 dan 2014, adalah didapati peratus kutipan caj meningkat antara 4 % sehingga 58% seperti berikut:
BIL PANGSAPURI JUMLAH KES KE MAHKAMAH JUMLAH PENINGKATAN NILAIAN (RM)
% 1 Mentari Court 19 1,588,029.74 56 2 Meranti 2 185,305.00 4 3 Orkid 4 12,156.16 2 4 Rimba Jaya 1 120 121,403.70 58 -
Bilakah bantuan baikpulih jalan-jalan dalam kawasan pangsapuri kos rendah akan diluluskan?
Bantuan membaikpulih jalan-jalan dalam kawasan pangsapuri kos rendah akan dilaksanakan pada tahun 2016. Berdasarkan maklumat daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan, anggaran kos yang terlibat adalah sejumlah RM114,953,575.92 seperti berikut:
BIL PBT KATEGORI KRITIKAL (RM) SEDERHANA KRITIKAL (RM) TIDAK KRITIKAL (RM) 1. MBSA 6,087,607.38 0 0 2. MBPJ 3,133,179.00 2,988,759.84 1,092,302.20 3. MPK 2,175,000.00 16,567,000.00 1,700,000.00 4. MPSJ 5,859,925.00 2,624,010.00 1,248,400.00 5. MPAJ 10,429,900.00 12,835,350.00 8,265,175.00 6. MPS 10,228,390.00 8,271,140.00 4,632,300.00 7. MPKj 190,000.00 5,221,927.50 0 8. MPSp 3,030,880.00 0 0 9. MDHS 546,000.00 569,000.00 0 10. MDKS 0 4,572,000.00 0 11. MDKL 138,750.00 636,810.00 1,909,770.00 JUMLAH 41,819,631.38 54,285,997.34 18,847,947.20 -
Bagaimana dapat disingkatkan tempoh menunggu bantuan CERIA bagi pangsapuri-pangsapuri kos rendah?
Dalam urusan berkaitan tadbir urus kerajaan, proses perolehan adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan. Berdasarkan standard operasi kerja yang ditetapkan, tempoh perolehan Skim CERIA adalah seperti berikut:
BIL JENIS PEROLEHAN BILANGAN HARI 1 Sebut harga (kos di bawah RM20 ribu)
58 2 Sebut harga (kos melebihi RM20 ribu)
109 3 Tender 158 Walau bagaimanapun, tempoh yang ditetapkan ini sukar dicapai di atas sebab-sebab yang berikut:
- JMB dan MC mengambil masa melebihi 30 hari untuk membayar 5% daripada anggaran kos kerja baik pulih sebagai fi memulakan proses perolehan CERIA.
- Peralatan yang diperlukan tiada stok dan perlu ditempah di luar negara sehingga memakan masa melebihi 3 bulan.
- Jadual kadar harga (bill of quantity) yang perlu disediakan mengambil masa melebihi 14 hari kerana memerlukan tindakan siasatan yang lebih terperinci untuk mengenal pasti punca dan tindakan pembetulan yang tepat bagi membaikpulih kerosakan harta bersama terutamanya lif, bumbung dan tangki air.
Untuk beberapa kes kritikal, Kerajaan Negeri juga telah membuat lantikan kontraktor secara terus setelah mendapat kelulusan daripada YB. Pegawai Kewangan Negeri seperti kerja baik pulih bumbung dan tangki air yang rosak akibat ribut di Pangsapuri Taman Permai Indah, Klang.