Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

23) PENGURUSAN PANGSAPURI (JMB & MC)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah JMB dan MC yang telah didaftarkan di Negeri Selangor ini mengikut PBT?

    Setakat ini, jumlah JMB dan MC yang telah ditubuhkan di Negeri Selangor mengikut PBT seperti berikut:

    BIL. PBT JMB MC
    1 MBSA 160 56
    2 MBPJ 269 98
    3 MPK 109 21
    4 MPSJ 251 190
    5 MPAJ 212 116
    6 MPKj 192 124
    7 MPS 100 51
    8 MPSp 53 4
    9 MDHS 22 1
    10 MDKS 19 7
    11 MDKL 23 0
    12 MDSB 2
    JUMLAH 1,410 670

     

  2. Berapa peratus dari senarai di atas yang bermasalah dan gagal menguruskan pangsapuri dengan baik?

    Untuk makluman Yang Berhormat, faktor utama yang menyebabkan JMB dan MC gagal menguruskan pangsapuri dengan baik kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi berikutan peratus penduduk yang tidak membayar caj adalah tinggi.

  3. Apakah usaha kerajaan bagi mengatasi JMB dan MC yang bermasalah ini?

    Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pemudah Isu-Isu Hartanah Bertingkat (PRIHATIN) untuk bertindak sebagai mediator untuk menyelesaikan is-isu pengurusan bangunan strata termasuk permasalahan

    kelemahan pengurusan JMB dan MC. Selain itu, berdasarkan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan 2007) Akta 663, setelah siasatan sewajarnya dilaksanakan, Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan atau mengeluarkan arahan untuk mengadakan suatu mesyuarat agung bertujuan melantik ahli jawatankuasa yan baru bagi mengambil alih pengurusan JMB dan MC yang gagal dan bermasalah. Kerajaan Negeri juga setakat ini telah mengemukakan sejumlah 571 kes pendakwaan ke mahkamah bagi kesalahan pemilik gagal membayar caj untuk membantu JMB dan MC memperoleh sumber kewangan untuk menguruskan pangsapuri.

    Bagi memperkasakan kemahiran JMB dan MC, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan program FOKUS (Format Kurikulum Bersapadu Pengurusan Bangunan Strata) untuk melatih jawatankuasa JMB dan MC yang dilantik supaya bersedia menghadapi cabaran dalam mengurus dan mentadbir pangsapuri yang mereka duduki. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembekal set peralatan komputer berserta sistem pengurusan perakaunan kepada 20 kawasan pangsapuri untuk memastikan pengurusan kewangan yang dilaksanakan oleh JMB dan MC adalah teratur. Secara tidak langsung, ianya dapat mengurangkan pertikaian daripada penduduk ke atas pengurusan kutipan dan perbelanjaan caj yang dilaksanakan oleh JMB dan MC.

Lampiran

Tiada Lampiran.