Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

212) PENGURUSAN MUALAF

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak kes mereka cuba memohon agama asal. Mengalami tekanan hidup yang berat, dibuang keluarga, dibuang kerja dan tiada tempat perlindungan. Apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada mualaf yang baru memeluk Islam?

    Bantuan-bantuan yang diberi kepada mualaf adalah seperti berikut:

    1. Bantuan Pengislaman
    2. Bantuan Bulanan
    3. Bantuan Kecemasan
    4. Bantuan Perubatan
    5. Bantuan Sewa Rumah
    6. Bantuan Hari Raya
    7. Bantuan Pengurusan Jenazah
    8. Bantuan Bina Rumah
    9. Bantuan Baik Pulih rumah
    10. Pengurusan Rumah Perlindungan
    11. Bantuan Modal Perniagaan
    12. Bantuan berkhatan
    13. Bantuan Perkahwinan
    14. Bantuan Guaman
    15. Elaun Kehadiran Kelas Fardhu Ain
    16. Dermasiswa
    17. Bantuan Umum Pelajaran
  2. Apakah program yang berterusan yang dilaksanakan bagi memperkuatkan ilmu dan akidah mereka. Terdapat banyak kes mereka cuba memohon agama asal.

    Peraturan 27 (1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran, Penjagaan dan Pengajaran Bagi Mualaf (Negeri Selangor) 2009 pada dasarnya telah menetapkan “Majlis hendaklah mengadakan apa-apa bentuk bimbingan yang sesuai untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kefahaman Islam kepada mualaf”.

    Berdasarkan kepada peruntukan dalam Peraturan ini, MAIS telah menyediakan beberapa perkhidmatan dan program bagi memastikan matlamat tersebut tercapai seperti yang berikut:

     

    BIL PROGRAM / AKTIVITI OBJEKTIF SASARAN
    1 Kursus Intensif Saudara Kita (Asas) selama 5 hari 4 malam setiap bulan (kecuali bulan Ramadan).

    Fokus pembelajaran:

    1.    Rukun Islam,

    2.    Rukun Iman,

    3.    Toharah dalam Islam,

    4.    Solat-Solat Fardu,

    5.    Qasas al-Anbiya’,

    6.    Praktikal Toharah,

    7.    Praktikal Solat,

    8.    Pembelajaran Huruf

    Hija’iyah.

    9.    Bacaan dalam Solat.

    10. Dialog Kemusykilan Agama.

    •   Memberi pendedahan awal tentang Agama Islam dari segi perlaksanaan ibadah, solat fardu dan bersuci (mandi hadas, wuduk, tayammum, kaedah menyuci Najis Mughallazoh dan istinjak).

    •   Mewujudkan komunikasi mesra antara mualaf pelbagai bangsa.

    •   Membina asas perhubungan antara mualaf dengan pihak MAIS.

    •   Mualaf yang baru memeluk Islam.

    •   Mualaf yang masih belum mengikuti Kursus

    Intensif Saudara Kita (Asas) meskipun telah lama memeluk Islam.

    2 Kursus Intensif  Saudara Kita (Lanjutan) selama 4 hari 3 malam. Diadakan 3 kali setahun pada bulan Februari, Mei dan November 2011.

    Fokus pembelajaran:

    •      Puasa Dalam Islam

    •      Asas Halal Haram dalam Islam

    •      Asas Nikah Kahwin Dalam Islam

    •      Pengurusan Jenazah Dalam Islam

    •      Praktikal Sembelihan Haiwan

    •      Praktikal Solat Jenazah.

    •   Memberi pendedahan tambahan kepada

    mualaf tentang isu-isu semasa agama Islam dalam kalangan masyarakat Islam.

    •   Membantu mengukuhkan

    kefahaman mualaf tentang teori dan praktis berkaitan fokus pembelajaran yang diterapkan.

     Mualaf yang telah hadir dan

    lulus ujian

    kefahaman dalam Kursus Intensif Saudara Kita (Asas).

    3 Kursus Pengukuhan dan Pemahaman Islam selama 3 hari 2 malam yang diadakan pada setiap tahun oleh Unit Pembangunan Insan daerahdaerah di Pejabat Agama Islam daerah-daerah dalam Negeri Selangor dengan fokus kepada;

    •      Kursus Tahsin Ibadah

    •      Kursus Pemantapan Akidah

    •      Kursus Sembelihan Haiwan

     Mendedahkan kepada mualaf tentang elemenelemen penting dalam mengukuhkan kefahaman mualaf terhadap ajaran Islam.  Mualaf pelbagai bangsa yang

    tinggal di daerah-daerah dalam Negeri Selangor.

     

      Kursus Pengurusan Jenazah    
      Kursus Pasca Perkahwinan    
      Kuliah Tafahum fi alDin (bulanan)    
      Seminar Keluarga Bahagia    
      Kursus Imam dan

    Bilal.

       

     

Lampiran

Tiada Lampiran.