Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
139) PENGURUSAN MASJID MENGIKUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melantik pengurusan masjid mengikut enakmen?
Pada tahun 2016, pihak JAIS telah memulakan perlaksanaan sistem jawatankuasa pengurusan masjid di masjid daerah, diraja dan beberapa buah masjid kariah. Masjid-masjid terpilih telah pun diwartakan di bawah Seksyen 105 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Sistem tersebut akan dikembangkan ke masjid-masjid kariah secara berperingkat dengan mengambil kira keupayaan kewangan MAIS.
-
Berapakah anggaran perbelanjaan jawatankuasa yang perlu dilantik mengikut enakmen?
Perbelanjaan yang diperlukan bagi menampung keperluan pegawai kakitangan adalah berjumlah RM98,604.00 setahun bagi satu-satu masjid. Pegawai dan kakitangan yang dilantik terdiri Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 sebagai Pengurus, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 sebagai Penolong Pengurus dan dua orang Skim Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 sebagai Pembantu Pengurus.
-
Adakah Kerajaan Negeri telah bersedia dengan modus operasi dan garis panduan untuk tujuan tersebut?
Ya , Pihak MAIS dan JAIS telah sedang mewujudkan Garis Panduan Pentadbiran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Dan Surau Negeri Selangor. Yang lebih komprehensif sebagai dokumen rujukan para pengurus dalam mentadbir masjid atau surau yang ditadbir melalui kaedah jawatankuasa pengurusan.