Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

96) PENGURUSAN MASALAH CERUN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan unit-unit kejuruteraan cerun yang telah ditubuhkan samada di PBT atau JKR Daerah di Selangor.

    Tiada unit Kejuruteraan Cerun di JKR Daerah di Selangor. Walau bagaimanapun, terdapat Bahagian Forensik dan Geoteknik di JKR Selangor yang di tugaskan untuk memantau dan memeriksa cerun-cerun yang berisiko tinggi dalam kawasan jalan

     

    Berikut adalah unit- unit/ bahagian kejuruteraan cerun yang telah ditubuhkan di PBT:

     

    PBT UNIT/ BAHAGIAN
    MBSA Bahagian Penyelenggaraan Cerun, Jabatan Kejuruteraan
    MBPJ Tiada unit Kejuruteraan cerun. Walau bagaimanapun, pengurusan dan pemantauan cerun adalah dibawah Bahagian Pembangunan Infrastruktur, Jabatan Kejuruteraan.
    MPK TIADA
    MPAJ Bahagian    Cerun     di     Bawah                      Pengurusan Jabatan Kejuruteraan pada Tahun 2009.
    MPSJ Unit Cerun, Jabatan Kejuruteraan
    MPS Unit Cerun, Jabatan Kejuruteraan

     

    MPKj ADA
    MPSp TIADA
    MDKL TIADA
    MDHS ADA
    MDKS TIADA
    MDSB TIADA
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan sebuah agensi atau jabatan yang melibatkan pakar geoteknikal di peringkat negeri untuk memastikan pemantauan cerun secara berkala dilakukan oleh PBT atau JKR Daerah di Selangor. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Buat masa ini, tiada cadangan untuk menubuhkan sebuah agensi atau jabatan yang melibatkan pakar geoteknikal di peringkat negeri untuk memastikan pemantauan cerun secara berkala dilakukan oleh PBT atau JKR Daerah di Selangor. Pemantauan dibuat oleh JKR Daerah dengan mendapat khidmat nasihat pakar daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu Pejabat JKR

  3. Adakah Kerajaan Negeri bersedia mencontohi Hong Kong Geotechnical Engineering Office (HK GEO) untuk pengurusan masalah cerun di Selangor?

    Kerajaan Negeri akan merujuk permasalahan berkaitan pengurusan cerun di Selangor kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu pejabat JKR Malaysia yang sememangnya mencontohi Hong Kong Geotechnical Engineering Office (HK GEO).

Lampiran

Tiada Lampiran.