Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
186) PENGURUSAN LALULINTAS DAN MRT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Penjelasan Menteri Besar tentang status MRT di bawah MPKj dan apakah bentuk pemantauan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan PBT?
Pihak majlis telah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Pembinaan MRT bagi tujuan pemantauan kerja-kerja MRT.
-
Susulan dengan berlakunya gangguan akibat pembinaan MRT, apakah tindakan yang diambil oleh MPKj bagi mengurangkan gangguan tersebut?
Pihak Majlis melalui dialog penduduk dan Mesyuarat Task Force tersebut bagi membincangkan masalah penduduk atas pembinaan MRT.
-
Apakah rancanganMPKj dalam perancangan bandar untuk mengawalselia masalah lalulintas sebelum dan selepas pembinaan MRT?
Jajaran MRT telah diambilkira dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (Pengubahan 2) 2020.