Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

102) PENGURUSAN LADANG DAGING KHINZIR DAN KERTEJAMINAN MAKANAN DAGING BABI DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan ladang penternakan babi yang berdaftar bersekali dengan nama pengusahanya dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Selangor.

    Senarai ladang penternakan babi yang berdaftar iaitu kelulusan Lesen Penternakan Babi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) sehingga  adalah seperti di lampiran.

  2. Apakah langkah yang diambil untuk memastikan ladang-ladang ini diuruskan mengikut piawaian yang ditetapkan untuk menjamin bio-keselamatan dan keterjaminan makanan serta memelihara kelestarian alam sekitar?

    Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui DVS Selangor untuk memastikan ladang-ladang diuruskan mengikut piawaian yang ditetapkan untuk menjamin bio-keselamatan dan keterjaminan makanan serta memelihara kelestarian alam sekitar adalah seperti berikut:

    I. Pelesenan dan Pemeriksaan Ladang

    1. Setiap penternak perlu mempunyai lesen untuk menternak babi dan mesti mematuhi syarat-syarat lesen.
    2. Salah satu keperluan lesen adalah pemeriksaan berkala dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
    3. Pemeriksaan tidak berkala juga dilakukan sekiranya terdapat isu berbangkit.
    4. Pemeriksaan meliputi semua aspek penternakan yang digariskan dalam Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 termasuk Pindaan 2010.
    5. Salah satu elemen yang penting semasa pemeriksaan adalah pengambilan sampel air kumbahan bagi mengukur kadar Bio-degradable Oxigen Demand (BOD).

    II. Survelan Penyakit dan Bio-sekuriti

    1. Survelan dibuat ke atas ternakan dan kandang.
    2. Selain pemerhatian, DVS Selangor juga melaksanakan survelan aktif iaitu mengambil beberapa jenis sampel seperti sampel darah, air kencing, calitan kloaka dan calitan kandang diambil dan dihantar ke makmal bagi mengesan penyakit babi.
    3. Sampel makanan ternakan juga diuji bagi mengesan bahan terlarang dalam makanan seperti beta-agonist.
    4. Survelan juga meliputi aspek bio-sekuriti ladang.

     

    III.        Penguatkuasaan Undang-undang

    1. Siasatan dilakukan dengan segera apabila menerima aduan.
    2. DVS Selangor mengeluarkan kompaun atau membuat pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat perlanggaran undang-undang dan syarat-syarat lesen seperti yang termaktub dalam Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 termasuk Pindaan 2010.
    3. Selain menerima kes melalui aduan atau pemeriksaan ladang, Penguatkuasa DVS Selangor juga melakukan risikan bagi mengesan kesalahan di bawah enakmen ini.

    IV. Sesi Libat Urus

    1. DVS Selangor sering mengadakan perbincangan dan ceramah dengan penternak-penternak dengan kerjasama Persatuan Penternak Babi Kuala Langat di mana sering menjadi topik utama adalah undang-ndang berkaitan, memelihara alam sekitar, mencegah kacau ganggu, kawalan penyakit berbahaya dan kebenaran memindah babi ke loji penyembelihan.