Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
53) PENGURUSAN KOLAM IKAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membantu menanggung caj penggunaan air bumi oleh pihak LUAS kepada pengusaha kolam ikan?
Sumber air dikawal selia oleh LUAS berdasarkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan di dalam Enakmen LUAS 1999. Tanggungjawab LUAS adalah kawalan terhadap apa-apa aktiviti yang menggunakan sumber air bagi memastikan kuantitinya mencukupi bagi semua sektor dan kualitinya yang baik untuk digunakan. Melalui kelulusan Kerajaan Negeri, pengenaan lesen dan caj abstraksi sumber air ini dilaksanakan sebagai salah satu langkah untuk mengawal penggunaan sumber air yang lebih optima di semua peringkat dan kelangsungannya untuk masa-masa akan datang.
Pengusaha kolam ikan perlu menanggung caj penggunaan sumber air (sama ada air permukaan atau air bumi) bagi aktiviti akuakultur selaras dengan peruntukan Seksyen 44(1) yang menggariskan; ‘Lembaga adalah antara lain diberikan kuasa perundangan untuk mengenakan caj ke atas penggunaan, abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepungan air atau sumber lain’.
-
Apakah skim yang boleh membantu mereka?
Buat masa ini tiada skim yang disediakan. Walau bagaimanapun, LUAS membantu dari segi nasihat teknikal seperti kesesuaian lokasi, ujian telaga dan juga kapasiti pengepaman.