Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

174) PENGURUSAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah jangkaan defisit Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2022?

    Pada tahun 2022, prestasi perbelanjaan keseluruhan bagi Mengurus dan Pembangunan yang direkodkan oleh Jabatan dan Agensi adalah sebanyak RM2,416.50 juta atau 95.55% daripada RM2,529 juta yang telah diperuntukkan. Kutipan hasil Negeri telah merekod kutipan sebanyak RM2,533.83 juta atau 123.60% daripada 2,050 juta yang dianggarkan. Peningkatan hasil dan perbelanjaan yang berhemah telah menjadikan kedudukan kewangan Negeri Selangor mencatatkan lebihan kewangan sebanyak RM117.33 juta pada 31 Disember 2022  berbanding unjuran defisit sebanyak RM479 juta. Sehubungan itu, berdasarkan trend kutipan hasil tahun 2022 ini, Kerajaan Negeri optimis untuk mencapai sasaran kutipan sebanyak RM2 billion pada tahun 2023. Setelah mengambil kira perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang telah dibelanjawankan, Kerajaan Negeri mengunjurkan defisit tahun 2023 yang telah dibelanjawankan sebanyak RM450 Juta, yang akan ditampung oleh Rizab Negeri melalui Akaun Hasil Disatukan. Namun begitu, Kerajaan Negeri berasa yakin melalui langkah-langkah kawalan perbelanjaan yang strategik dan berhemah akan dapat mengecilkan defisit ini pada akhir tahun.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menjadikan Belanjawan tahunan Kerajaan Negeri di tahun-tahun mendatang menjadi surplus dan bukannya defisit?

    Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Berkenaan dengan Prestasi dan Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri sehingga 28 Februari 2023, ianya adalah stabil dan dijangka akan terus stabil. Kutipan hasil Negeri telah merekod kutipan sebanyak RM791.07 juta. Bagi perbelanjaan mengurus, daripada RM1,250 juta yang telah dibelanjawankan, sebanyak RM226.31 juta telah dibelanjakan atau sebanyak 18.10%. Belanja pembangunan pula telah merekod sebanyak RM105.06 juta atau 8.75% daripada RM1,200 juta yang telah dibelanjawankan. Pada tempoh ini, masih terdapat lebihan kewangan sebanyak RM459.71 juta memandangkan kutipan hasil Negeri melebihi obligasi bayaran Kerajaan Negeri. Kedudukan Rizab Negeri melalui Akaun Hasil Disatukan adalah berjumlah RM1,336.08 juta manakala Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2,337.87 juta, menjadikan agregat keseluruhan rizab Negeri sehingga 28 Februari 2023 adalah sebanyak RM3,673.95 Juta.

    Kerajaan Negeri telah melakukan usaha-usaha bagi meningkatkan kutipan hasil dan mengenal pasti sumber-sumber hasil baharu yang berpotensi. Kerajaan Negeri sedar akan kepentingan mempunyai ketahanan kewangan jangka panjang dan risiko-risiko ketidaktentuan disebabkan oleh tekanan inflasi dan perubahan iklim yang boleh memberi kesan kepada prestasi kewangan Kerajaan Negeri. Langkah-langkah kawalan perbelanjaan yang strategik dan kutipan hasil Negeri yang cekap dan berupaya untuk meningkatkan Rizab Negeri, mengecilkan defisit sehingga mencapai lebihan dalam prestasi kewangan (surplus). Apa yang penting, langkah-langkah ini tidak akan menjejaskan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhannya.

  3. Adakah jumlah hasil dan juga pengurusan kewangan Kerajaan Negeri mampu untuk menyenggara defisit yang berterusan? Berapakah jumlah rizab semasa Negeri Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.