Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

124) PENGURUSAN JMB-MC

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauhmana program ini dapat membantu JMB-MC menyelesaikan masalah pengurusan yang ada?

    Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], hakmilik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hakmilik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan pangsapuri sendiri. Walau bagaimanapun, atas dasar keprihatinan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program “Memberdayakan Komuniti” untuk membantu menyelesaikan masalah secara tuntas bagi semua pangsapuri kos rendah dengan penekanan kepada 3 aspek pengurusan seperti berikut:

    • Pengurusan
    • Pengurusan
    • Pengurusan

    Atas dasar keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh JMB/MC, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM104.7 juta bagi pelaksanaan 19 program “Memberdayakan Komuniti sebagai strategi tindakan penyelesaian kepada masalah pengurusan seperti berikut:

    BIL KATEGORI PENGURUSAN PROGRAM
    1 Fizikal CERIA SAFWA PERMAI

    Perpustakaan Komuniti Laman Hijau

    BIL KATEGORI PENGURUSAN PROGRAM
    2 Komuniti Kempen BCH SKORA SEROJA

    FOKUS Unit Syer Diskaun Cukai Pintu 25% OPS Bayar

    K-STAC

    K-Inovasi

    Kempen Pengurangan Sisa Pepejal Pendidikan/Promosi

    3 Kepimpinan K-STAR FOKUS K-KLIK

    K-SQUAD

    Butiran terperinci program seperti di LAMPIRAN A.

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan Negeri sentiasa menyesuaimanfaat bagi memastikan setiap program yang dijalankan dapat memberi nilai tambah dan membantu JMB/MC menyelesaikan masalah pengurusan pangsapuri mereka. Kajian impak dilaksanakan ke atas setiap program dan penambahbaikan akan dibuat sekiranya program tidak mencapai sasaran tahunan. Kerajaan Negeri mensasarkan sejumlah 75% daripada jumlah pangsapuri kos rendah khususnya mencapai status Komuniti Bestari menjelang tahun 2020.

  2. Sila nyatakan dari jumlah JMB-MC yang ada, berapa yang telah dikenalpasti bermasalah?

    Kerajaan negeri tiada data mengenai jumlah JMB/MC yang dikenal pasti bermasalah kerana definisi “bermasalah” itu sendiri dalam konteks penyenggaraan dan pengurusan bangunan mempunyai pelbagai dimensi. Selain itu, punca JMB/MC bermasalah adalah kerana kelemahan “human value” pada sikap penduduk mahupun ahli jawatankuasa yang merupakan faktor di luar kawalan.

    Berdasarkan analisis yang dibuat kepada JMB atau MC pangsapuri-pangsapuri yang berjaya, faktor utama yang mendorong kepada penyelesaian isu-isu JMB adalah kemahuan, komitmen dan kerjasama sesebuah komuniti pangsapuri itu sendiri untuk membuat perubahan menjadikan pangsapuri mereka kepada pangsapuri “Bersih, Ceria Dan Harmoni”. Walau apa usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri, tetapi penduduk tidak mahu melaksanakan tanggungjawab mereka maka isu JMB tidak akan dapat diselesaikan.

    Namun, Negeri Selangor mempunyai beberapa model-model terbaik pangsapuri kos rendah adalah seperti berikut:

    BIL PANGSAPURI COB, PBT
    1 Tun Teja MPS
    3 Nusa Kurnia MPAJ
    4 Prima Cempaka MPKj
    5 Idaman MBPJ

    Malahan terdapat juga di bawah kes Pemudah Isu-isu Hartanah Bertingkat Negeri Selangor (PRIHATIN) iaitu Pangsapuri Petaling Utama C & D yang mempunyai tunggakan hutang utiliti dan kontraktor penyenggaraan bangunan sehingga mencecah RM1 juta tetapi sehingga bulan Jun 2016 berjaya menyelesaikan 90% daripada jumlah tunggakan tersebut.

  3. Apakah program ini di wajibkan kepada setiap badan pengurusan atau sebaliknya? Jika tidak, bila akan diwajibkan?

    Buat masa ini, sasaran program “Memberdayakan Komuniti adalah pangsapuri kos rendah/sederhana rendah. Mana-mana JMB/MC berkenaan boleh pada bila-bila masa membuat permohonan untuk menyertai program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.