Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
24) PENGURUSAN JMB-MC
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kawasan rumah flat kos rendah yang mengalami masalah disebabkan JMB/MC yang tidak berfungsi mengikut DUN?
Merujuk kepada rekod Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejumlah 399 kawasan pangsapuri kos rendah yang mengalami masalah pengurusan kerana JMB/MC tiada atau tidak berfungsi mengikut kawasan PBT setakat 15 Julai 2019 seperti berikut:
BIL. PBT JUMLAH KAWASAN 1 MBSA 82 2 MBPJ 34 3 MPK 12 4 MPSJ 102 5 MPAJ 30 6 MPS 20 7 MPKj 113 8 MPSp 1 9 MDHS 4 10 MDKL 0 11 MDKS 1 12 MDSB 0 JUMLAH 399 -
Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan JMB/MC yang tidak aktif?
Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program K-Squad (Pemberdayaan Komuniti) untuk menyelesaikan isu pangsapuri pangsapuri kos rendah yang mengalami masalah pengurusan kerana JMB/MC tiada atau tidak berfungsi. Ini adalah kerana, walaupun Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa untuk melantik ejen pengurusan di bawah Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] untuk mengambilalih pangsapuri yang bermasalah tersebut, namun kuasa tersebut tidak dapat dilaksanakan berikutan tiada ejen pengrusan yang berminat. Oleh itu. melalui Program K-Squad, ejen pengurusan yang bersedia menguruskan pangsapuri yang bermasalah ini menerima bayaran fi ejen dari Kerajaan Negeri bagi tempoh 6 bulan pada kadar RM6.00 seunit petak (50% lebih rendah dari kadar fi yang ditetapkan seperti Jadual 7, Akta Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah 1981 [Akta 242]). Manual Pengurusan Ejen K-Squad juga telah disediakan supaya pengurusan yang dilaksanakan oleh ejen pengurusan terbabit mencapai standard piawaian yang ditetapkan. Jangkaan output yang akan diperolehi daripada program K-squad adalah pangsapuri kos rendah yang bermasalah dapat diuruskan secara teratur dan professional melalui pengurusan kewangan dan bangunan yang akauntabiliti serta pendidikan kepada pemilik tentang budaya kehidupan strata yang berterusan agar memudahkan memudahkan diambilalih oleh JMB/MC selepas 1-3 tahun.
Jumlah pangsapuri yang terlibat dalam program K-Squad adalah 55 kawasan terdiri dari 17,645 unit petak dengan nilaian kos RM561,994.20 seperti berikut:
BIL. FASA JUMLAH KAWASAN
JUMLAH UNIT NILAIAN KOS (RM)
1 Fasa Satu 10 5,689 193,858.20 2 Fasa Dua 45 11,956 368,136.00 JUMLAH 55 17,645 561,994.20 -
Adakah Kerajaan merancang untuk mengambil alih kos pengurusan jalan dan longkang di sekeliling flat kini bawah tanggungjawab JMB/MC?
Kerajaan Negeri telah mendapatkan input awal dari Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan berhubung jumlah kawasan pangsapuri kos rendah yang bukan di bawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Daripada input yang diperolehi, adalah dianggarkan kos tambahan yang perlu ditanggung untuk kerja-kerja turap jalan, potong rumput dan landskap, bil dan senggaraan lampu jalan, senggara saliran longkang serta kutipan sampah pukal adalah sejumlah RM179,695,112.88 setahun. Selain itu, perkara pengambilalihan ini juga perlu dibincangkan di peringkat Persekutuan kerana ianya melibatkan persempadanan kawasan Berkuasa Tempatan yang termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].