Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

7) PENGURUSAN JENAZAH COVID-19

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah jenazah COVID-19 yang telah diuruskan oleh pihak JAIS mengikut pecahan hospital?

    Jumlah jenazah Covid-19 yang telah diuruskan oleh pihak JAIS mengikut pecahan hospital sehingga 10 Ogos 2021:-

    BIL. HOSPITAL BIL. JENAZAH
    1. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 357
    2. Hospital Shah Alam 13
    3. Hospital Ampang 142
    4. Hospital Serdang 73
    5. Hospital Kajang 71
    6. Hospital Banting 44
    7. Hospital Tanjung Karang 08
    8. Hospital Sabak Bernam 37
    9. Hospital Hulu Selangor 11
    10. Hospital Swasta dan lain-lain hospital 20
      JUMLAH 776
  2. Adakah terdapat sebarang implikasi kewangan terhadap jenazah COVID-19 yang diuruskan oleh pihak JAIS?

    JAIS memberi khidmat pengurusan jenazah Covid-19 di hospital secara percuma melainkan kos yang melibatkan tanah perkuburan sahaja yang perlu dibayar oleh waris.

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan NGO yang menawarkan pengurusan jenazah percuma kepada B40?

    Boleh dipertimbangkan, sekiranya Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) berkenaan menepati  syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.