Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

117) PENGURUSAN INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah carta organisasi IWB, sila nyatakan porfolio dan siapa anggotanya?

    Kerajaan Negeri prihatin sangat komited akan akan pembangunan wanita Selangor. Justeru itu, bagi melancarkan perihal pembangunan wanita maka Kerajaan Negeri telah membentuk sebuah organisasi yang dikenali sebagai Institut Wanita Berdaya (IWB). IWB bertindak sebagai sebuah badan pemikir kepada Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Penubuhan IWB ini berperanan dalam merencana dasar, polisi dan strategi ke arah kemajuan dan pemberdayaan wanita demi merealisasikan pembangunan Negeri Selangor yang inklusif, lestari dan adil. Carta organisasi IWB merangkumi Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Pegawai Dasar, dan Pegawai Sumber Manusia dan Kewangan. (seperti carta di bawah)

    Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM10,000,000.00 kepada Institut Wanita Berdaya bagi tahun 2017. Dimana 10% adalah kos operasi pengurusan dan 90% adalah pembangunan modul dan perlaksaan program.

    Institut Wanita Berdaya terbahagi pada beberapa segmen jawatan iaitu, Chief Executive Officer, Executive, Non- Executive, Senior Executive, Senior Manager, dan Manager. Bayaran gaji bagi jawatan-jawatan yang disandang adalah mengikut pada ketetapan gaji dalam pasaran dan juga berdasarkan kelayakan dan pengalaman. Manakala Lembaga Pengarah, hanya diberikan elaun mesyuarat.

     

  2. Dari peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada IWB, sila perincikan pecahan penggunaan bagi tujuan kos operasi pengurusan dan pembangunan modul secara bulanan?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Berapakah bayaran gaji/elaun bagi setiap Lembaga Pengarah, pegawai dan kakitangan IWB?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.