Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

30) PENGURUSAN HUTAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan bilangan menurut kategori hutan di seluruh Negeri Selangor menurut daerah.

    Jabatan Perhutanan Negeri dipertanggungjawabkan untuk mengurus hutan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Mengikut Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984, terdapat dua belas (12) kategori hutan atau kelas fungsi hutan di mana setiap HSK hendaklah dikelaskan di bawah satu atau lebih kategori ini. Di negeri Selangor, terdapat sepuluh (10) kategori hutan. Pecahan kategori hutan mengikut daerah ialah seperti pada jadual :

     

    Bil. Daerah Kategori Hutan
    1 Gombak (i)      Taman Negeri

    (ii)     Hutan Perlindungan Tanah

    (iii)    Hutan Tadahan Air

    (iv)    Hutan Lipur

    (v)     Hutan Simpanan Hutan Dara

    (vi)    Hutan Penyelidikan

    (vii)   Hutan Pelajaran

    (viii)  Hutan Pengeluaran

     

    2 Hulu Langat (i)     Taman Negeri

    (ii)    Hutan Perlindungan Tanah

    (iii)   Hutan Tadahan Air

    (iv)   Hutan Lipur

    (v)    Hutan Simpanan Hutan Dara

    (vi)   Hutan Penyelidikan

    (vii)  Hutan Pengeluaran

     

     

    3 Hulu Selangor (i)     Taman Negeri

    (ii)    Hutan Tadahan Air

    (iii)   Hutan Lipur

    (iv)   Hutan Simpanan Hutan Dara

    (v)    Hutan Perlindungan Hidupan Liar

    (vi)   Hutan Penyelidikan

    (vii)  Hutan Pengeluaran

     

    4 Klang (i)    Hutan Perlindungan Tanah

    (ii)   Hutan Simpanan Hutan Dara

    (iii)  Hutan Perlindungan Hidupan Liar

    (iv)  Hutan Pengeluaran

     

    5 Kuala Langat (i)    Hutan Perlindungan Tanah

    (ii)   Hutan Simpanan Hutan Dara

     

    6 Kuala Selangor (i)    Hutan Perlindungan Tanah

    (ii)   Hutan Pengeluaran

     

    7 Petaling (i)    Hutan Tadahan Air

    (ii)   Hutan Pelajaran

    (iii)  Hutan Penyelidikan

    (iv)  Hutan untuk Maksud-maksud Persekutuan

     

    8 Sabak Bernam (i)   Hutan Perlindungan Tanah

     

    9 Sepang (i)   Hutan Perlindungan Tanah
  2. Berapa banyakkah dana yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam menguruskan semua kategori hutan di atas di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2008.

    Pada tahun 2008, sejumlah RM18,434,014.00, terdiri dari RM13,074,014 bagi belanja mengurus dan RM5,360,000 bagi belanja pembangunan diperuntukkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk melaksanakan projek pembangunan dan pengurusan hutan.

     

  3. Berapa banyakkah hasil yang diperolehi jika ada oleh Kerajaan Negeri daripada semua kategori hutan di atas di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2008

    Jumlah kutipan hasil hutan oleh Jabatan Perhutanan Negeri bagi tahun 2008 ialah sebanyak RM16,527,017.88.

Lampiran

Tiada Lampiran.