Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

62) PENGURUSAN FASILITI MASJID

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status fasiliti asas masjid/surau di Negeri Selangor?

    Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti berikut:

    • Ruang sembahyang yang merangkumi dewan solat utama dan ruang limpah berdasarkan kapasiti keperluan penduduk dan permaidani selari dengan saf serta lain-lain keperluan
    • Tempat wudhu’
    • Tandas dan bilik mandi
    • Bilik Imam dan Bilal
    • Bilik pejabat
    • Bilik pengurusan jenazah
    • Stor
    • Dan lain-lain keperluan seperti bilik penyediaan jamuan, lanskap dan lain-lain.
  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan fasiliti di masjid/surau sentiasa berada di dalam keadaan yang baik?

    Permohonan baik pulih masjid dan surau akan dipantau oleh Bahagian Pengurusan Masjid JAIS melalui Unit Pengurusan Masjid di setiap Pejabat Agama Islam Daerah dan aduan-aduan berkaitan akan dikemukakan kepada Unit Pembangunan JAIS yang akan menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Rancangan Baik Pulih Jabatan (RBPJ). Setiap aduan baik pulih akan dimeritkan mengikut keutamaan serta kemampuan kewangan Jabatan melalui peruntukan Pembangunan (P14) yang diterima untuk dilaksanakan baik pulih. Untuk makluman juga, Rancangan Baik Pulih Jabatan (RBPJ) ini telah dimulakan oleh JAIS pada tahun 2020 dan tahun 2023 merupakan Rancangan Baik Pulih Jabatan (RBPJ) Fasa 2 yang bermula pada tahun 2023 hingga tahun 2025 (tempoh 3 tahun setiap fasa).

Lampiran

Tiada Lampiran.