Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

294) PENGURUSAN E-WASTE

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan maklumat pengurusan E-Waste disampaikan kepada semua lapisan masyarakat?

    Bagi memastikan maklumat pengurusan ewaste disampaikan kepada semua lapisan masyarakat sekaligus meningkatkan kesedaran penduduk terhadap pengurusan e-waste, Kerajaan Negeri telah dan sedang mengambil tindakan-tindakan berikut iaitu:

    • Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah melesen sebanyak 28 premis kitar semula yang mampu memproses e-waste ini secara mesra alam bagi menghasilkan logam-logam berharga seperti emas, perak dan tembaga;
    • Memfokuskan pengurusan e-waste secara bersasar iaitu terhadap enam (6) jenis barangan iaitu pendingin hawa, mesin basuh, telefon bimbit, televisyen, komputer dan peti sejuk;
    • Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdaftar sebagai pusat pengumpulan e-waste di peringkat komuniti dan menyediakan infra struktur yang sesuai untuk tujuan ini sepertimana yang telah dilaksanakan bagi program pengasingan sisa pepejal seperti plastik, kaca dan kertas;
    • Melaksanakan projek perintis bagi menjadikan stesen-stesen minyak dan pasar raya – pasar raya terpilih di Negeri Selangor sebagai Pusat Pengumpulan E-Waste;
    • Pembangunan aplikasi mudah alih (mobile aps) bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat mengenai pusat pengumpulan e-waste yang terhampir dengan lokasi masing-masing dan menyediakan kutipan e-waste secara door-to-door; dan
    • Program kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) bagi program pengumpulan e-waste pada hari Sabtu terakhir setiap bulan dan bersempena hari bertemakan alam sekitar seperti Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia, Hari Ozon Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara.
  2. Adakah terdapat program pendidikan yang berterusan untuk memastikan kesedaran pengurusan E-Waste sentiasa tinggi?

  3. Adakah perancangan untuk penambahan bilangan pusat pengumpulan E-Waste khususnya di luar bandar?

    Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor sedang melaksanakan Projek Perintis Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Stesen Minyak Terpilih bagi mengalakkan orang ramai membawa e-waste dari rumah ke stesen minyak untuk dikumpulkan serta dilupuskan secara kaedah yang mesra alam. Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang berusaha untuk memperluaskan program ini di sektor peruncitan dan pusat beli belah yang menjadi tumpuan orang ramai. Inisiatif ini diharap akan dapat  menambah lebih banyak tempat pengumpulan (collection point) e-waste yang mudah diekses oleh orang awam sama ada dalam bandar atau luar bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.