Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

417) PENGURUSAN DEWAN ORANG RAMAI

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah pihak yang menyelenggarakan dewan orang ramai di bawah Pejabat Daerah dan Tanah?

    Dewan orang ramai yang tersenarai di bawah inventori Pejabat Daerah dan Tanah Klang perlu diselenggara oleh Ketua Kampung / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mengikut kawasan kampung. Ketua Kampung / Pengerusi JPKK hendaklah memastikan dewan orang ramai berada di dalam keadaan yang terurus, selamat dan boleh diguna untuk kegunaan awam.

     

  2. Apakah perancangan untuk memastikan setiap dewan orang ramai ini dalam keadaan yang kondusif?

    Kondisi setiap dewan orang ramai akan dipantau oleh Ketua Kampung/Pengerusi JPKK bagi memastikan ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif. Sebarang kerosakan akan dilaporkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk siasatan lanjut dan pengesyoran serta diangkat untuk kelulusan dari pelbagai sumber peruntukan yang berkaitan.

  3. Senaraikan dewan orang ramai di DUN Sementa dan berapa peruntukan tahunan diperturunkan.

    Terdapat enam (6) dewan orang ramai di dalam DUN Sementa di bawah inventori PDTK Klang iaitu lima (5) di Mukim Kapar dan satu (1) di Mukim Rantau panjang iaitu:-

    • Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang;
    • Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kerayong 2;
    • Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kapar;
    • Dewan Orang Ramai Kampung Rantau Panjang;
    • Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda; Dan
    • Dewan Kampung Perepat.

    Tiada peruntukan tahunan ditetapkan, namun penyelenggaraan atau pembaikan dewan akan dilaksanakan berdasarkan kerosakan yang dilapor serta disahkan melalui lawatan tapak dan siasatan oleh Pejabat Daerah. Bagi tahun 2024, empat (4) kerja-kerja pembaikan melibatkan dewan orang ramai di DUN Sementa dilaksanakan dengan kelulusan pelbagai peruntukan yang diterima Pejabat Daerah secara one-off. Dewan yang terlibat dan projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.